Wednesday, November 30, 2011

Bekas MB dianugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1433 Pahang

.
Pengerusi Perkim Pahang yang juga bekas Menteri Besar Pahang, YH Dato' Sri Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dianugerahkan To­koh Maal Hijrah 1433 Pahang oleh KDYMM Sultan Pahang. Baginda juga telah menyampaikan lain-lain anugerah pada majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1433H di Auditorium Kompleks Penyiaran RTM Kuantan pada 27 Nov 2011.

Pada majlis itu
Indahku Production telah terlibat memberikan perkhidmatan MCP (Multi-Camera Production)



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Friday, November 18, 2011

Kaedah Liputan 'Multi-Camera' jamin tiada babak yang miss..

.
Sempena Majlis Perasmian Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang, oleh KDYMM Sultan Pahang pada 27 Oktober 2011, Indahku Production telah diminta membuat rakaman liputan video acara tersebut. Memandangkan acara tersebut berlangsung di padang kawad yang agak luas, dan acaranya pulak padat dengan pelbagai segmen yang berlangsung dengan pantas di beberapa lokasi, maka kami telah merakamkan peristiwa bersejarah tersebut dari pelbagai sudut dan lokasi dengan menggunakan 4 buah kamera serentak secara hand-held.

Kembali ke studio kemudiannya penyunting kami telah menggunakan kaedah Multi-Camera Editing untuk menghasilkan satu liputan video lengkap yang berterusan tanpa mencicirkan sebarang babak.

Berikut dipaparkan sebahagian video yang dimaksudkan iaitu segmen Titah Pelancaran dan Gimik Perasmian.



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Istiadat Kurnia Darjah Kebesaran N.Pahang dan Majlis Santapan/Jamuan Negeri

.
Pada 24 Oktober 2011 sekali lagi Indahku Production diberi penghormatan membuat liputan langsung dari Balairung Seri ke Dewan Mulia Istana Abu Bakar, Pekan, bagi Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang 2011 sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Liputan secara live itu diperlukan memandangkan tetamu Diraja pada tahun ini agak ramai di mana sebahagian besar dari mereka tidak dapat ditempatkan di dalam Balairung Seri, sebaliknya hanya menyaksikan istiadat itu melalui Skrin LED 14' x 10' di Dewan Mulia.

Pada sebelah malamnya pula berlangsung Majlis Santapan/Jamuan Negeri di mana semua penerima darjah dan tetamu-tetamu Diraja diundang. Selain jamuan makan, mereka turut dihiburkan dengan persembahan orkestra Special Edition pimpinan sdr Indra mengiringi artis-artis antaranya Rossa, David Arumugam dan Fauziah Latif. Seperti biasa Kaedah Multi-Camera Production telah digunakan untuk membuat liputan persembahan agar dapat disaksikan dengan jelas melalui Skrin LED Besar selain beberapa buah LCD TV di sekitar dewan.
.

Saturday, October 1, 2011

Indahku Studio boleh terbit album?

Ye boleh.. kumpulan satu keluarga yang tidak mahu publisiti ini baru saja selesai menerbitkan album syok sendiri mereka di Indahku Studio milik Indahku Production.

Album yang mereka namakan Bintang Klasik ini mengandungi 15 buah lagu, diterbitkan dalam dua bentuk: Audio CD dan Video DVD. Sayangnya mereka tidak mengizinkan saya memuatnaik sebarang petikan dari album tersebut.

Indahku Studio sedia menerbitkan album syok sendiri dengan pakej harga pelbagai (..serendah RM100..? Biar betul!)

Untuk keterangan lanjut hubungi kami: 09-5736455 atau 012 954 9456 (Azahari)

Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari:
www.indahkuproduction.blogspot.com
www.youtube.com/indahkuproduction
www.youtube.com/pahangnettv
.

.

Tuesday, September 27, 2011

Jamuan Raya 1Malaysia @ Raub

.
dirayakan di Padang Bandar Raub pada 24 September 2011.
.

Majlis Konvo KIPSAS ke-10

.
diadakan di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah pada 19 September 2011
.

'Gala Dinner' DPMP

.
pada 18 September 2011 di Ballroom Hotel Zenith, diserikan oleh Anuar Zain, Jacquline Victor & Adibah Noor.
.

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 Pahang, Kembali 'Outdoor'

.
Selepas 2 tahun dirayakan 'indoor' kerana tarikhnya jatuh di bulan Ramadhan, pada tahun 2011 Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Peringkat Negeri Pahang telah kembali dirayakan 'outdoor' iaitu di Padang MPK 1 dan Jalan Mahkota, Kuantan pada 26 September 2011.

Indahku Production telah membuat liputan penuh video seakan-akan siaran langsung tv menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production). Lima buah kamera telah digunakan termasuk sebuah menggunakan skylift untuk mendapatkan shot dari sudut tinggi (pandangan atas) terutama ketika persembahan Human Graphic di atas padang.


Untuk menonton sepenuhnya rakaman hari bersejarah itu, sila layari saluran Pahang Net TV kendalian Indahku Production. Di bawah ini dipaparkan sebahagian darinya.










.

Pesta Tanglung 2011 @ Kuantan

.
Diadakan di Padang MPK 2 Kuantan pada 11 Sept 2011
.

Friday, August 26, 2011

Wednesday, June 29, 2011

Rockestra & Amy Search gegarkan Konsert Diraja @ Temerloh

.
Legenda rock Amy Search tetap mantap dan tidak mengecewakan peminat-peminatnya di Temerloh pada 26 Jun 2011, mendendangkan 3 buah lagu iaitu Tiada Lagi, Pawana dan Isabela, di hadapan KDYMM Sultan Pahang sempena Konsert Diraja yang diadakan percuma khas untuk menghiburkan rakyatnya di sana.

Indahku Production telah diberi kepercayaan mengendalikan liputan MCP (Multi-Camera Live Production). Sebagai sebuah syarikat produksi bajet rendah, kami hanya menggunakan 4 buah kamera prosumer. Namun yang penting bagi kami adalah output paparan pada 3 buah skrin LED gergasi di kiri dan kanan pentas adalah setanding dengan produksi penyiaran, sekalipun kamera sedemikian telah menyebabkan resolusinya mungkin agak rendah sedikit namun tetap dinikmati sama oleh para penonton. Kredit kepada Fuze Connection yang turut membantu kami dalam hal ini.





Selain Amy ramai lagi artis yang tampil menghiburkan penonton antaranya Rossa, David Arumugam, Fauziah Latiff, Ahmad Jais, Yusni Hamid dan ramai lagi. Mereka diiringi Special Edition Orchestra pimpinan Indra yang dianggotai 60 pemuzik naungan Pejabat SUK Pahang dengan kerjasama UiTM Jengka & Shah Alam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Lain-lain berita aktiviti Indahku Production sila lawati
www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Belia Pahang Bersama KDYMM Sultan Pahang

.

.
pada 21 Jun 2011 di dewan Hotel Zenith
.

Monday, February 28, 2011

Supplying, Installing & Testing Audio Visual System

.
Indahku Production was awarded to supply, install and test the audio visual system in the lecture theater of ACMI, TUDM Kuantan. (ACMI stands for Air Combat Maneuvaring Instrumentation)






.
Di Dewan Kuliah ACMI, TUDM Kuantan, pada 1 - 3 Mac 2011.
.

Majlis Santapan/Jamuan Rakyat Berbilang Kaum

.
Pada 26 Februari 2011
(akan menulis kemudian)
.

Sambutan MaulidurRasul 1432H Negeri Pahang

.
Pada 15 Februari 2011
(akan menulis kemudian)
.

Jamuan Rakyat Gong Xi Fa Chai @ Raub

.
Pada 12 Februari 2011
(akan menulis kemudian)

Kursus Asas Fotografi untuk Staf POLISAS

.
Pada 3 - 5 Januari 2011
(akan menulis kemudian)
.

Perkahwinan Zakhirah & Razien

.
Zakhirah dan pasangannya Razien telah diijabkabulkan pada 17 Disember 2010, sementara majlis perkahwinannya telah berlangsung pada 18 Disember 2010.

Majlis perkahwinan mereka yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Medan Tok Sira, Kuantan, telah menggunakan perkhidmatan MCP (Multi Camera Production - Live & Recorded) di mana 4 buah LCD TV telah dipasang di semua khemah bagi membolehkan tetamu yang hadir menyaksikan secara langsung semua acara yang diadakan di perkarangan rumah. Khemah tetamu berada agak jauh dari kawasan rumah, namun dengan adanya perkhidmatan video siaran langsung yang dikendalikan oleh Indahku Production, tetap membolehkan mereka menatap wajah kedua-dua mempelai dan menyaksikan semua acara seperti merenjis, makan beradab dan memotong kek.

Indahku Production mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Zakhirah dan Razien.


.

Gerak Usahawan Kolej Komuniti Zon Timur

.
Pada 11 Disember
(akan menulis kemudian)
.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432

.pada 7 Dis
(akan menulis kemudian)