Wednesday, November 30, 2011

Bekas MB dianugerah Tokoh Ma'al Hijrah 1433 Pahang

.
Pengerusi Perkim Pahang yang juga bekas Menteri Besar Pahang, YH Dato' Sri Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dianugerahkan To­koh Maal Hijrah 1433 Pahang oleh KDYMM Sultan Pahang. Baginda juga telah menyampaikan lain-lain anugerah pada majlis Sambutan Ma'al Hijrah Peringkat Negeri Pahang Tahun 1433H di Auditorium Kompleks Penyiaran RTM Kuantan pada 27 Nov 2011.

Pada majlis itu
Indahku Production telah terlibat memberikan perkhidmatan MCP (Multi-Camera Production)



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Friday, November 18, 2011

Kaedah Liputan 'Multi-Camera' jamin tiada babak yang miss..

.
Sempena Majlis Perasmian Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang, oleh KDYMM Sultan Pahang pada 27 Oktober 2011, Indahku Production telah diminta membuat rakaman liputan video acara tersebut. Memandangkan acara tersebut berlangsung di padang kawad yang agak luas, dan acaranya pulak padat dengan pelbagai segmen yang berlangsung dengan pantas di beberapa lokasi, maka kami telah merakamkan peristiwa bersejarah tersebut dari pelbagai sudut dan lokasi dengan menggunakan 4 buah kamera serentak secara hand-held.

Kembali ke studio kemudiannya penyunting kami telah menggunakan kaedah Multi-Camera Editing untuk menghasilkan satu liputan video lengkap yang berterusan tanpa mencicirkan sebarang babak.

Berikut dipaparkan sebahagian video yang dimaksudkan iaitu segmen Titah Pelancaran dan Gimik Perasmian.



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Istiadat Kurnia Darjah Kebesaran N.Pahang dan Majlis Santapan/Jamuan Negeri

.
Pada 24 Oktober 2011 sekali lagi Indahku Production diberi penghormatan membuat liputan langsung dari Balairung Seri ke Dewan Mulia Istana Abu Bakar, Pekan, bagi Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang 2011 sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Liputan secara live itu diperlukan memandangkan tetamu Diraja pada tahun ini agak ramai di mana sebahagian besar dari mereka tidak dapat ditempatkan di dalam Balairung Seri, sebaliknya hanya menyaksikan istiadat itu melalui Skrin LED 14' x 10' di Dewan Mulia.

Pada sebelah malamnya pula berlangsung Majlis Santapan/Jamuan Negeri di mana semua penerima darjah dan tetamu-tetamu Diraja diundang. Selain jamuan makan, mereka turut dihiburkan dengan persembahan orkestra Special Edition pimpinan sdr Indra mengiringi artis-artis antaranya Rossa, David Arumugam dan Fauziah Latif. Seperti biasa Kaedah Multi-Camera Production telah digunakan untuk membuat liputan persembahan agar dapat disaksikan dengan jelas melalui Skrin LED Besar selain beberapa buah LCD TV di sekitar dewan.
.