Monday, February 28, 2011

Perkahwinan Zakhirah & Razien

.
Zakhirah dan pasangannya Razien telah diijabkabulkan pada 17 Disember 2010, sementara majlis perkahwinannya telah berlangsung pada 18 Disember 2010.

Majlis perkahwinan mereka yang diadakan di rumah pengantin perempuan di Medan Tok Sira, Kuantan, telah menggunakan perkhidmatan MCP (Multi Camera Production - Live & Recorded) di mana 4 buah LCD TV telah dipasang di semua khemah bagi membolehkan tetamu yang hadir menyaksikan secara langsung semua acara yang diadakan di perkarangan rumah. Khemah tetamu berada agak jauh dari kawasan rumah, namun dengan adanya perkhidmatan video siaran langsung yang dikendalikan oleh Indahku Production, tetap membolehkan mereka menatap wajah kedua-dua mempelai dan menyaksikan semua acara seperti merenjis, makan beradab dan memotong kek.

Indahku Production mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pasangan Zakhirah dan Razien.


.

No comments:

Post a Comment