Friday, November 18, 2011

Kaedah Liputan 'Multi-Camera' jamin tiada babak yang miss..

.
Sempena Majlis Perasmian Kem Force 136, Rejimen 505 Askar Wataniah, Pekan, Pahang, oleh KDYMM Sultan Pahang pada 27 Oktober 2011, Indahku Production telah diminta membuat rakaman liputan video acara tersebut. Memandangkan acara tersebut berlangsung di padang kawad yang agak luas, dan acaranya pulak padat dengan pelbagai segmen yang berlangsung dengan pantas di beberapa lokasi, maka kami telah merakamkan peristiwa bersejarah tersebut dari pelbagai sudut dan lokasi dengan menggunakan 4 buah kamera serentak secara hand-held.

Kembali ke studio kemudiannya penyunting kami telah menggunakan kaedah Multi-Camera Editing untuk menghasilkan satu liputan video lengkap yang berterusan tanpa mencicirkan sebarang babak.

Berikut dipaparkan sebahagian video yang dimaksudkan iaitu segmen Titah Pelancaran dan Gimik Perasmian.



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

No comments:

Post a Comment