Saturday, August 28, 2010

ELEKTRO SERVE: Montaj Video

.
Sepanjang 2 minggu ini kami sibuk menyiapkan montaj video untuk Syarikat Elektro Serve (M) Sdn.Bhd di Cukai, Kemaman. Montaj video ini diperlukan segera untuk tayangan pengenalan kepada beberapa orang ahli perniagaan Jepun yang melawat ke kilang ini untuk menawar peluang-peluang kerjasama perniagaan.

Walaupun shooting dan editing perlu siap dalam masa 2 minggu ini, tetapi produk kami dikehendaki tampil profesional. Syarikat ini berharap dapat menambat hati ahli-ahli perniagaan tersebut.

(akan menulis lagi..)
.

Wednesday, August 18, 2010

Rakam ucapan Hari Raya anda dan upload ke YouTube

.
Ini sampel rakaman yang dimaksudkan, dirakam di Indahku Studio:

video

Anda cuma perlu datang ke Indahku Studio di A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1, Taman Sri Perdana, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dengan rupadiri dan penampilan pilihan anda, duduk di set yang tersedia, dan bercakap dengan bersahaja tanpa skrip.. Anda dirakam..

Selesai rakaman anda preview. Jika semuanya sudah ok kami akan upload video anda ke YouTube. Dalam beberapa minit saja video anda akan berada di alam siber untuk ditonton oleh sesiapa sahaja..

Anda hanya dikenakan bayaran RM15 seorang, atau jika anda datang berkumpulan bayar saja RM50 untuk sejam rakaman. Silakan.. hubungi kami di talian 09 573 6455 atau 012 954 9456 (Azahari) atau 017 978 9909 (Azraie).
.

Sunday, August 8, 2010

Hari Keluarga EPIC 2010

.
Semalam
Indahku Production membuat liputan video sebahagian acara Hari Keluarga EPIC di Gambang Resort City. Sebagai sebuah syarikat besar yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membawa warganya yang serama hampir 2,000 orang menginap dan bergembira di resort popular ini.

Indahku Production membuat liputan video single camera pada acara Sukaneka di sebelah petang, dan liputan siaran langsung melalui kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada sebelah malamnya.

Adalah satu tindakan yang tepat bagi Pengerusi J/Kuasa Hari Keluarga EPIC mempelawa kami menyediakan khidmat MCP kerana dengan kehadiran begitu ramai warganya pada malam itu untuk menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung di pentas dewan utama, tentulah dewan itu tidak mampu menampung semua yang hadir, maka 3 buah skrin besar terpaksa dipasang di beberapa lokasi untuk memaparkan liputan acara dengan memuaskan.

Berikut ialah video montaj Sukaneka EPIC:

video
.

Thursday, August 5, 2010

Azan: kuat tak apa, jangan bingit..


Apa bezanya 'kuat' dengan 'bingit'?

Bunyi yang kuat masih boleh kedengaran lunak, tetapi bunyi bingit walaupun perlahan agak tidak selesa untuk mendengarnya. Bunyi azan kuat dari corong pembesar suara menara Masjid Negeri boleh kedengaran ke segenap pelosok kota, namun jarang meresahkan pendengarnya, tetapi bunyi azan bingit dari pembesar suara beberapa masjid kecil dan surau di taman-taman perumahan yang lontarannya tidaklah terlalu jauh, namun sering juga menerima teguran agar ia diperlahankan lagi..

Bunyi bingit ialah bunyi yang pecah, berdeper.. istilah teknikalnya ialah herotan, atau distortion dalam Bahasa Inggeris. Ia memang tidak enak didengar walaupun perlahan. Apa yang menyebabkan ia kedengaran bingit?

Harap-harap para Imam dan Bilal Masjid-masjid Daerah Negeri Pahang yang mengikuti kursus sehari Pengendalian Sistem Siaraya yang kami kendalikan telah memahami perbezaan ini, dan tahu sebab musababnya.. Ia merupakan sebahagian dari kandungan kursus tersebut di samping beberapa topik lain yang turut dibincangkan.




Menurunkan ilmu teknikal kepada golongan agamawan dan pendakwah memerlukan pendekatan yang tersendiri..




Untuk lain-lain berita, layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.