Friday, November 18, 2011

Istiadat Kurnia Darjah Kebesaran N.Pahang dan Majlis Santapan/Jamuan Negeri

.
Pada 24 Oktober 2011 sekali lagi Indahku Production diberi penghormatan membuat liputan langsung dari Balairung Seri ke Dewan Mulia Istana Abu Bakar, Pekan, bagi Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang 2011 sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang. Liputan secara live itu diperlukan memandangkan tetamu Diraja pada tahun ini agak ramai di mana sebahagian besar dari mereka tidak dapat ditempatkan di dalam Balairung Seri, sebaliknya hanya menyaksikan istiadat itu melalui Skrin LED 14' x 10' di Dewan Mulia.

Pada sebelah malamnya pula berlangsung Majlis Santapan/Jamuan Negeri di mana semua penerima darjah dan tetamu-tetamu Diraja diundang. Selain jamuan makan, mereka turut dihiburkan dengan persembahan orkestra Special Edition pimpinan sdr Indra mengiringi artis-artis antaranya Rossa, David Arumugam dan Fauziah Latif. Seperti biasa Kaedah Multi-Camera Production telah digunakan untuk membuat liputan persembahan agar dapat disaksikan dengan jelas melalui Skrin LED Besar selain beberapa buah LCD TV di sekitar dewan.
.

No comments:

Post a Comment