Tuesday, September 27, 2011

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 Pahang, Kembali 'Outdoor'

.
Selepas 2 tahun dirayakan 'indoor' kerana tarikhnya jatuh di bulan Ramadhan, pada tahun 2011 Sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke 54 Peringkat Negeri Pahang telah kembali dirayakan 'outdoor' iaitu di Padang MPK 1 dan Jalan Mahkota, Kuantan pada 26 September 2011.

Indahku Production telah membuat liputan penuh video seakan-akan siaran langsung tv menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production). Lima buah kamera telah digunakan termasuk sebuah menggunakan skylift untuk mendapatkan shot dari sudut tinggi (pandangan atas) terutama ketika persembahan Human Graphic di atas padang.


Untuk menonton sepenuhnya rakaman hari bersejarah itu, sila layari saluran Pahang Net TV kendalian Indahku Production. Di bawah ini dipaparkan sebahagian darinya.










.

No comments:

Post a Comment