Wednesday, June 29, 2011

Rockestra & Amy Search gegarkan Konsert Diraja @ Temerloh

.
Legenda rock Amy Search tetap mantap dan tidak mengecewakan peminat-peminatnya di Temerloh pada 26 Jun 2011, mendendangkan 3 buah lagu iaitu Tiada Lagi, Pawana dan Isabela, di hadapan KDYMM Sultan Pahang sempena Konsert Diraja yang diadakan percuma khas untuk menghiburkan rakyatnya di sana.

Indahku Production telah diberi kepercayaan mengendalikan liputan MCP (Multi-Camera Live Production). Sebagai sebuah syarikat produksi bajet rendah, kami hanya menggunakan 4 buah kamera prosumer. Namun yang penting bagi kami adalah output paparan pada 3 buah skrin LED gergasi di kiri dan kanan pentas adalah setanding dengan produksi penyiaran, sekalipun kamera sedemikian telah menyebabkan resolusinya mungkin agak rendah sedikit namun tetap dinikmati sama oleh para penonton. Kredit kepada Fuze Connection yang turut membantu kami dalam hal ini.





Selain Amy ramai lagi artis yang tampil menghiburkan penonton antaranya Rossa, David Arumugam, Fauziah Latiff, Ahmad Jais, Yusni Hamid dan ramai lagi. Mereka diiringi Special Edition Orchestra pimpinan Indra yang dianggotai 60 pemuzik naungan Pejabat SUK Pahang dengan kerjasama UiTM Jengka & Shah Alam, Jabatan Pelajaran Negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan.

Lain-lain berita aktiviti Indahku Production sila lawati
www.indahkuproduction.blogspot.com
.

No comments:

Post a Comment