Friday, December 3, 2010

Konsert Majlis Santapan Di Raja: Rossa

.


Rossa mempersembahkan lagu Ayat-Ayat Cinta pada konsert sempena Majlis Santapan Di Raja kerana memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang pada 24 Okt 2010. Video Copyright: INDAHKU PRODUCTION.

Konsert Majlis Santapan Di Raja: Nassir Wahab

.


Nassir Wahab juga telah mempersembahkan lagu Cemburu pada konsert tersebut. Lain-lain artis yang membuat persembahan malam itu antaranya ialah Ahmad Jais, Fauziah Latif, David Arumugam, Ramlah Ram, dan ramai lagi. (Video Copyright: INDAHKU PRODUCTION)


Tuesday, November 30, 2010

Pelancaran Buku "Raja & Rakyat Berpisah Tiada"

.
Majlis Pelancaran Buku "Raja & Rakyat Berpisah Tiada" tulisan Dato' Halim Ibrahim telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Kuantan pada 22 November 2010. Pelancaran telah disempurnakan oleh PM DS Najib yang kemudiannya dipersembahkan kepada KDYMM Sultan Pahang.

Indahku Production terlibat dalam 2 perkara: 1) Perkhidmatan MCP (Multi-Camera Production). 2) Menerbit Video Gimik Pelancaran.

Berikut adalah video yang dimaksudkan. Semua 'scene' gajah dirakam di lokasi Kuala Gandah menggunakan teknik layar hijau 16m x 9m (green screen technique). Gambar2 'the making' boleh dilihat di www.indahkuproduction.blogspot.com
.

.

Friday, November 26, 2010

SCP 'Live' pada majlis nikah Rosmaliza & Nahar

.
Biasanya pelanggan kami mengambil perkhidmatan MCP untuk majlis perkahwinan, tetapi bagi Tn Hj Rosli beliau juga mahukan perkhidmatan 'live' untuk majlis pernikahan anakandanya Rosmaliza dan pasangannya Mohd Nahar yang berlangsung di dalam rumahnya. Ini membolehkan sebahagian dari tetamunya yang berada di luar rumah dapat menyaksikan upacara pernikahan itu.

SCP ialah Single Camera Production yang hanya menggunakan satu kamera.

(akan menulis lagi)
.

Tuesday, November 2, 2010

Tahniah graduan konvo ke-6 PSDC

.
Pahang Skill Development Centre (PSDC) telah mengadakan Majlis Konvokesyen Ke-6 pada 30 Oktober. Diploma dan sijil telah disampaikan oleh Dato Seri Di Raja Hj Adnan Yaakob, Menteri Besar Pahang.

Berikut ialah video sedutan segmen Graduan Cemerlang PSDC ke-6. Tahniah kepada semua graduan. Terima kasih kepada pihak pengurusan PSDC kerana memberi peluang kepada Indahku Production membuat liputan langsung MCP (Multi-Camera Production)


.

Wednesday, October 27, 2010

KDYMM Sultan Pahang, Sweet 18?

.

.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang bergurau dalam titahnya kepada ayahanda KDYMM Sultan Pahang di majlis Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran sempena memuliakan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ke-80 pada 24 Oktober 2010.

Indahku Production telah dilantik sebagai Official Videographer dalam majlis itu untuk siaran langsung ke Dewan Mulia, namun satu kamera sahaja dibenarkan.
.

'Suara Jantan' Sohaimi Mior Hassan memukau

.
Beliau menyanyikan beberapa buah lagu di majlis makan malam SIRIM QAS International
.

Tuesday, October 19, 2010

Tahniah, para graduan KIPSAS

.
Majlis Konvokesyen Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KIPSAS) Kali ke-9 telah berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah, Jalan Telok Sisek, Kuantan dan telah disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang bagi Sidang I pada 16 Oktober dan YAB Menteri Besar Pahang bagi Sidang II pada 17 Oktober 2010.

Sekalung tahniah buat para graduan.

Berikut adalah sedutan video bagi segmen Anugerah Kecemerlangan pada Sidang I dan Sidang II:




.

Nostalgia Bulan Bahasa..

.
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Auditorium RTM Pahang telah mengimbau kenangan silam sebahagian orang lama
.

Sempurna 3 dalam 1

.
Mengambil sempena tarikh yang comel 10.10.10 telah berlangsung majlis perkahwinan 3 pasang pengantin anak-anak lelaki Hj Azlan Abdullah dan Hjh Norbayah, iaitu Nor Azhar (pasangannya Fatin Farhana), Nor Zaidi (pasangannya Nordiana), dan Nor Izwan (pasangannya Norhasmira). Majlis 'jarang-jarang' itu telah diadakan di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur.
.

Fashion Week 2010

.

Friday, October 1, 2010

Bendera Hijau Gergasi di Kuala Gandah?

.
Semalam kami membuat penggambaran di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lancang, Pahang. Ini kali kedua kami membuat shooting di situ.

Tapi kali ini kami turut memasang bendera hijau gergasi bersaiz 9 meter x 16 meter. Tiada bulatan putih di tengahnya, maka ia bukan bendera untuk kempen pilihanraya. Ia kami naikkan sebagai latar belakang untuk mengaplikasikan Teknik Layar Hijau (Green Screen) pada penggambaran kami.

Pelanggan kami (Pejabat SUK Pahang) memerlukan video yang menggambarkan seorang panglima menaiki gajah diiringi 2 orang pengawal membawa sebuah buku untuk dipersembahkan kepada KDYMM Sultan Pahang. Gajah itu dikehendaki melalui perjalanan dari satu kawasan hutan dan perkampungan, kemudian naik ke jalanraya dan lebuhraya melalui bandar-bandar Temerloh, Maran dan Kuantan..

Masalahnya, pihak berkuasa Pusat Konservasi Gajah itu tidak mengizinkan kami membawa keluar gajah dari pusat itu, apatah lagi untuk berjalan di atas jalanraya dan lebuhraya. Namun, rakaman di dalam pusat itu dibenarkan.

Maka, kami mengambil keputusan menggunakan Teknik Layar Hijau (Green Screen) untuk mencapai hasrat itu.












.
(Untuk lain-lain berita sila layari www.indahkuproduction.blogspot.com)

Thursday, September 30, 2010

Teknik 'Green Screen'

.

Teknik Layar Hijau atau Green Screen Technique dalam rakaman dan penyuntingan video adalah satu teknik digunakan apabila imej satu subjek/objek yang dirakam di satu lokasi ingin dibuat supaya kelihatan berada dalam satu imej lain yang dirakam di satu lokasi yang lain.

Contoh, seekor gajah mahu dibuat kelihatan merayau-rayau di laman sebuah rumah. Maka dua imej yang perlu diadun ialah imej gajah yang sedang merayau-rayau, dan imej laman sebuah rumah. Kedua-dua imej ini akan dirakam secara berasingan; imej gajah dirakam di zoo, imej rumah dan lamannya dirakam di satu lokasi lain. Kemudian, dengan menggunakan teknik Layar Hijau dalam proses penyuntingan, imej gajah itu boleh dibuat kelihatan merayau-rayau di laman rumah berkenaan.

Untuk membolehkan teknik Layar Hijau ini digunapakai dengan berkesan dalam penyuntingan, teknik ini juga mesti diaplikasi terlebih dahulu dalam proses rakaman salah satu daripada dua imej tadi. Caranya ialah dengan menjadikan Layar Hijau sebagai latar belakang salah satu imej itu. Dalam contoh di atas, yang lebih mudah ialah memasang layar hijau sebagai latarbelakang imej gajah.

Ini bermakna Teknik Layar Hijau mesti ada pada kedua-dua proses; proses rakaman dan proses suntingan.




(kembali ke www.indahkuproduction.blogspot.com)
.

Ramli Ibrahim - Semakin popular kerana 1Malaysia?

.
Pada 27 September lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Pameran Framing Odissi yang telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang bertempat di Muzium Seni Pahang, Kuantan.

Antara selebriti yang diundang ialah penari Ramli Ibrahim.

(akan menulis lagi..)
.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

.
Selamat Hari Raya Eidulfitri diucapkan kepada semua pelanggan kami dan juga subscriber blog ini.
.











.

Friday, September 3, 2010

Merdeka 53.. Tertutup namun meriah

.
Buat kali keduanya sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara peringkat Negeri Pahang diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan. Buat kali kedua juga Indahku Production diberi kepercayaan membuat liputan video live (secara langsung) menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production). Sambutan di stadium tertutup ini adalah kerana tarikh 31 Ogos tahun ini telah jatuh pada bulan Ramadhan, sama seperti tahun lalu.

Untuk majlis yang besar dan di ruang yang luas itu kami telah menggunakan 4 buah kamera (sepatutnya 5 atau 6, baru best..), untuk mempastikan setiap sudut penting tidak terlepas dari lensa kamera video kami agar dapat dipapar kepada penonton di dalam dan di luar stadium dengan besar dan jelas melalui 4 layar besar, 4 projektor LCD, sebuah LCD TV 37" di pentas VVIP (KDYTM Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang) dan sebuah lagi LCD TV 32" di ruang lobi.

Cahaya siang dari luar ditambah pula cahaya sinar lampu dalaman yang melingkari ruang
tengah stadium telah memaksa kami menggunakan projektor LCD 4600 ANSI Lumen agar paparan visual cukup terang untuk dinikmati penonton (kalau nak dikirakan kekuatan itu masih belum cukup).










































Berikut sedutan video Koir, Gendang 1Malaysia dan Grafik Manusia:





Saturday, August 28, 2010

ELEKTRO SERVE: Montaj Video

.
Sepanjang 2 minggu ini kami sibuk menyiapkan montaj video untuk Syarikat Elektro Serve (M) Sdn.Bhd di Cukai, Kemaman. Montaj video ini diperlukan segera untuk tayangan pengenalan kepada beberapa orang ahli perniagaan Jepun yang melawat ke kilang ini untuk menawar peluang-peluang kerjasama perniagaan.

Walaupun shooting dan editing perlu siap dalam masa 2 minggu ini, tetapi produk kami dikehendaki tampil profesional. Syarikat ini berharap dapat menambat hati ahli-ahli perniagaan tersebut.

(akan menulis lagi..)
.

Wednesday, August 18, 2010

Rakam ucapan Hari Raya anda dan upload ke YouTube

.
Ini sampel rakaman yang dimaksudkan, dirakam di Indahku Studio:



Anda cuma perlu datang ke Indahku Studio di A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1, Taman Sri Perdana, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dengan rupadiri dan penampilan pilihan anda, duduk di set yang tersedia, dan bercakap dengan bersahaja tanpa skrip.. Anda dirakam..

Selesai rakaman anda preview. Jika semuanya sudah ok kami akan upload video anda ke YouTube. Dalam beberapa minit saja video anda akan berada di alam siber untuk ditonton oleh sesiapa sahaja..

Anda hanya dikenakan bayaran RM15 seorang, atau jika anda datang berkumpulan bayar saja RM50 untuk sejam rakaman. Silakan.. hubungi kami di talian 09 573 6455 atau 012 954 9456 (Azahari) atau 017 978 9909 (Azraie).
.

Sunday, August 8, 2010

Hari Keluarga EPIC 2010

.
Semalam
Indahku Production membuat liputan video sebahagian acara Hari Keluarga EPIC di Gambang Resort City. Sebagai sebuah syarikat besar yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membawa warganya yang serama hampir 2,000 orang menginap dan bergembira di resort popular ini.

Indahku Production membuat liputan video single camera pada acara Sukaneka di sebelah petang, dan liputan siaran langsung melalui kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada sebelah malamnya.

Adalah satu tindakan yang tepat bagi Pengerusi J/Kuasa Hari Keluarga EPIC mempelawa kami menyediakan khidmat MCP kerana dengan kehadiran begitu ramai warganya pada malam itu untuk menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung di pentas dewan utama, tentulah dewan itu tidak mampu menampung semua yang hadir, maka 3 buah skrin besar terpaksa dipasang di beberapa lokasi untuk memaparkan liputan acara dengan memuaskan.

Berikut ialah video montaj Sukaneka EPIC:


.

Thursday, August 5, 2010

Azan: kuat tak apa, jangan bingit..


Apa bezanya 'kuat' dengan 'bingit'?

Bunyi yang kuat masih boleh kedengaran lunak, tetapi bunyi bingit walaupun perlahan agak tidak selesa untuk mendengarnya. Bunyi azan kuat dari corong pembesar suara menara Masjid Negeri boleh kedengaran ke segenap pelosok kota, namun jarang meresahkan pendengarnya, tetapi bunyi azan bingit dari pembesar suara beberapa masjid kecil dan surau di taman-taman perumahan yang lontarannya tidaklah terlalu jauh, namun sering juga menerima teguran agar ia diperlahankan lagi..

Bunyi bingit ialah bunyi yang pecah, berdeper.. istilah teknikalnya ialah herotan, atau distortion dalam Bahasa Inggeris. Ia memang tidak enak didengar walaupun perlahan. Apa yang menyebabkan ia kedengaran bingit?

Harap-harap para Imam dan Bilal Masjid-masjid Daerah Negeri Pahang yang mengikuti kursus sehari Pengendalian Sistem Siaraya yang kami kendalikan telah memahami perbezaan ini, dan tahu sebab musababnya.. Ia merupakan sebahagian dari kandungan kursus tersebut di samping beberapa topik lain yang turut dibincangkan.




Menurunkan ilmu teknikal kepada golongan agamawan dan pendakwah memerlukan pendekatan yang tersendiri..




Untuk lain-lain berita, layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Monday, July 5, 2010

Subuh Berdarah Di Kuala Krau @ PWTC

.
Indahku Production telah terlibat di dalam pementasan teater Subuh Berdarah Di Kuala Krau selaku Pereka Audio Visual dan Penerbit Teknik. Pementasan telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC sempena Majlis Mengenang Jasa Pejuang Negara pada 3 Julai lalu. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.














.
(Untuk lain-lain berita, layari: www.indahkuproduction.blogspot.com)
.

Friday, July 2, 2010

Pulau Ular.. Orang Kuantan pun tak ambil kisah..

.
Setiap kali kami diminta membikin Video Promosi atau Video Komersil (Iklan), kami merasa tanggungjawab mempromosi sesuatu produk itu terbeban di atas bahu kami. Payahnya membikin video begini ialah durasinya (jangkamasa) yang sangat pendek. Perhatikan saja video iklan-iklan di tv, dalam masa 30 saat sesuatu produk itu mesti dijaja dengan satu tujuan; iaitu wajib memikat dan menggoda pengguna untuk menjadi pelanggan..

Sanctuary Resort Malaysia (Cherating, Pahang) menaruh harapan kepada kami untuk mempromosi resort itu. Durasi tidak melebihi 3 minit (mujur tidak 30 saat). Seperti biasa fizikal dan kemudahan-kemudahan resort harus ditampilkan, namun pemiliknya mahukan kami menonjolkan Pulau Ular sebagai salah satu daya penariknya..





















Pulau Ular memang perlu dipromosi.. tetapi kenapa Sanctuary Resort pula yang kena promosi?

.

Saturday, June 5, 2010

Happy Birthday Dato'

.
Semalam, 4 Jun, merupakan hari ulangtahun kelahiran Dato' Sharif Shamsuddin yang ke-60. Satu majlis meraikannya telah dianjurkan oleh anak-anak dan isterinya di Ballroom Hotel MS Garden. Mereka telah menggunakan perkhidmatan kami untuk sistem MCP (Multi-Camera Production).

Meriah sungguh majlis malam itu apatah lagi diserikan oleh pelawak-pelawak Nabil, Sh.Shahirah, Angah dan Kumpulan Sepah. Selain terhibur dengan lawak jenaka mereka, para penonton tentunya berpuashati kerana dapat menatap wajah-wajah mereka dengan jelas dan 'besar' melalui shot-shot yang diambil oleh juru-jurukamera kami. Itulah fungsi sebenar Sistem MCP dalam sesuatu majlis.

Di bawah ini video persembahan The Daughter's Duet:


.

Saturday, May 22, 2010

'Skylift Shot' mana ada dalam buku?

.
A Crane Shot is a shot taken by a camera on a crane. The camera is either raised up into the air or lowered to the ground during the shot - thereby dramatically varying the height and the angle-of-view of the shot.

Demikian biasanya takrif Crane Shot dalam buku-buku berkaitan Sinematografi atau Videografi.

Indahku Production berangan nak memperkenal dan mempopularkan istilah baru Skylift Shot. Kami dah Google Search dan Google Book memang belum ada istilah ini. Jadi, kalau ditakdirkan istilah ini popular di masa hadapan mulai tarikh hari ini maka sahlah istilah itu dicipta oleh Indahku Production, ha ha ha..

Tak kisah la kepada komen-komen yang akan kata "alah.. sama je hasilnya dengan Crane Shot..". Soalnya kami tidak menggunakan kren. Kren ialah jentera yang diguna untuk mengangkut atau memindahkan barang-barang, biasanya dengan menggunakan cangkuk. Kami menggunakan Skylift, jentera yang menyerupai kren tapi ada 'bakul' yang boleh menempatkan orang di dalamnya. Asalnya diguna oleh pihak bomba dan penyelamat, atau penyenggara bangunan dan perkhidmatan yang melibatkan kedudukan tinggi. Maka, kami nak namakannya Skylift Shot. Sudah beberapa kali kami menggunakan shot ini dalam produksi kami. Mungkin kelihatan tak pro, tapi hasilnya tetap pro..













































Sedikit sedutan hasilnya (video)


.

Set for MSET

.
Perit getir membangunkan sebuah syarikat memang menjadi kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan oleh pemiliknya. Menjadi ralat dan kesal apabila semua kesan kenangan tersebut telah tidak diabadikan atau didokumentasikan dalam bentuk visual sama ada foto atau video untuk tatapan mereka yang di hadapan mahupun pengiktirafan kepada hasil usaha sendiri.

Sedar dari kesilapan tersebut, syarikat MSET Engineering Corporation Sdn Bhd, Paka, Terengganu, memulakan inisiatif mendokumentasikan secara profesional segala kisah perkembangan dan pembangunan syarikat ini. Indahku Production telah diamanahkan tanggungjawab ini.

Sayangnya, sumbangan profesional kami hanya bermula dari saat bangunan lama syarikat ini akan dirobohkan.. malah agak lewat penglibatan kami hanyalah setelah bangunan ini dikosongkan dan dalam beberapa hari lagi akan diroboh..

Namun, di tapak yang sama akan dibangunkan bangunan yang baru sebagai lambang pencapaian dan kemajuan pesat syarikat ini, dan kami telah diberi kepercayaan merakamkan detik-detik penting tertegaknya bangunan ini yang akan mengambil masa 1 tahun, manakala bulan-bulan berikutnya detik-detik perpindahan dan pengisian semula bangunan baru itu.

Syarikat ini telah memilih kaedah produksi ala National Geography untuk scene 'meroboh bangunan lama dan membangun yang baru' di mana rakaman video yang kami buat selama hampir 2 tahun ini akan dipapar secara Time Warp kelajuan 10,000 kali ganda yang mungkin akan terpapar hanya untuk 60 saat sahaja.. di samping photobook yang akan mengabadikan gambar-gambar kenangan yang manis ini.

Insya Allah. Doakan yang terbaik bagi kami untuk MSET..

























Wednesday, April 21, 2010

Pelanggan Tionghua Bergambar di Indahku Studio

.
Sekumpulan pemuda pemudi Tionghua mengunjungi Studio Indahku malam tadi untuk sesi photo shoot memperaga pakaian-pakaian yang mereka hasilkan di butik mereka untuk dimuatkan di dalam katalog yang akan mereka cetak dan edar kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Mereka menyewa kemudahan-kemudahan studio photo shoot termasuk khidmat Jurufoto kami dengan kadar yang sangat berpatutan. Kumpulan ini menggunakan model-model mereka sendiri, juga pendandan rambut dan jurusolek.















Saturday, April 3, 2010

Ibu Hamil Menawan?

.

Foto ini yang diambil di Indahku Studio telah memenangi Tempat Kedua Peraduan Ibu Hamil Menawan Majalah Pa & Ma. Sila rujuk majalah Pa & Ma keluaran April 2010 m.s.119.

Apa kata anda pula datang ke studio kami untuk sesi photoshoot untuk menyertai lain-lain peraduan. Kami boleh bikin anda menang.. insya Allah..












Wednesday, March 31, 2010

Tahniah Graduan Kolej Komuniti Wilayah Timur

.
Majlis Konvokesyen Kolej Komuniti Wilayah Timur berlangsung di Dewan Utama Gambang Resort City semalam. Indahku Production diberi kepercayaan membuat liputan langsung MCP (Multi-Camera Production) pada majlis yang meriah itu. Tahniah kepada para graduan.

Sedikit lain dari biasa, paparan video yang tampak di skrin tatkala setiap lulusan naik ke pentas sewaktu namanya disebut akan disertakan caption nama lulusan tersebut. Ini memberikan sedikit impak pada visual ketika beliau menerima sijilnya daripada penyampai.

Indahku Production mempunyai kelengkapan dan krew untuk tujuan seperti itu jika diperlukan.
.

Sunday, March 28, 2010

Wedding Planning Convention @ Dewan Tun Rahah, KL

.
Semalam kami berada di Dewan Besar Tun Rahah, Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur, memberi perkhidmatan MCP (Multi-Camera Production) sempena Wedding Planning Convention 2010 anjuran UiTM Puncak Alam (Sutera Oganizers).

Agak gemilang juga majlis itu dan sememangnya memerlukan perkhidmatan MCP. Tanpa khidmat MCP maka banyaklah segmen acara di pentas yang tidak dapat dinikmati secara dekat oleh hadirin. 'Dekat' bermaksud imej dipapar secara Close Up dan Medium Close Up. Hadirin akan berpuashati dapat menikmati wajah dan fesyen yang muncul dalam majlis sekalipun mereka duduk jauh dari medan acara.

Antaranya, wajah kedua mempelai yang dirai (pasangan pengantin Fahimi dan Sarah), acara merenjis, 3 segmen pertunjukan fesyen, pertunjukan silat dan kompang, persembahan muzik dan nyanyian, semua ini dapat dinikmati secara 'dekat' melalui dua skrin besar yang terdapat di dua sudut dalam dewan. Demikian juga ketika ucapan dan seminar berlangsung, penyampaian pengucap dan ahli panel dapat lebih dihayati melalui liputan langsung MCP ala-ala di TV tampaknya.
.

Tuesday, March 16, 2010

Keboooom!!

.
Semalam shooting proses meletupkan bukit besi di Chaah, 25km dari Segamat. Satu pengalaman baru. Tak pernah sebelum ini kami shoot di lokasi yang panas, berhabuk dan berbahaya begitu. Tak pernah juga kami kena shoot scene letupan bom berangkai begini..

100 biji bom ditanam di bukit yang sarat dengan batu besi (iron ferrite). Bila semuanya siap sedia, semua pekerja diarah keluar meninggalkan kawasan itu kira-kira 500 meter jauhnya. Semua kenderaan ringan dan berat juga diarah keluar mengosongkan kawasan itu. Medan bergaung itu menjadi sunyi sepi.. 100 biji bom berangkai itu akan diletup secara remote control dari jarak 500 meter.

Habis tu kami macamana? Kami kena berada di lokasi untuk shoot babak letupan itu. Ia mesti dirakam dengan jelas. Ia kehendak skrip. Tapi kami telah diperingatkan akan bahaya-bahaya yang bakal berlaku antaranya percikan dan lontaran batu-batu besi sebesar penumbuk, malah boleh lebih besar lagi dari itu, melayang ke udara ibarat muntahan lahar gunung berapi, kemudian jatuh berselerakan. Bumi di sekitar 500 meter dari pusat letupan pula akan bergegar, berkemungkinan akan membuatkan tebing-tebing bukit runtuh menggelongsor ke bawah..

Isk, isk, isk.. mana berani untuk menggadai nyawa begitu.. bayaran pun bukannya lumayan sangat.. kalaupun lumayan tak akan bermakna apa-apa lagi bila diri dah cedera, cacat atau maut..

Kami tiada pilihan lain.. 2 buah kamera video yang kami pertaruhkan nasibnya.. setiap satu kami set di dua lokasi yang berbeza tetapi agak hampir juga dengan pusat letupan. Satu di set lensa wide angle manakala satu lagi di set lensa medium close-up. Selepas butang rakaman ditekan kedua-dua kamera ditinggalkan, kami pecut lari dengan Kembara ke kawasan selamat 500 meter jauhnya.

20 minit kemudian.. Kebooom!! 100 biji bom berangkai meletup serentak. Bumi bergegar..













Mencari sudut terbaik..












100 biji bom ditanam..












2 kamera diset..












Keboooom!!










Bukan batu sebarang batu..












Ini batu besi..












Korek.. korek.. dan korek..













Alhamdulillah.. semua selamat..
.

Saturday, March 6, 2010

Majlis '3 dalam 1'

.
Malam tadi sempurnalah satu lagi tugas membuat liputan live dengan kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada satu majlis di MS Garden, Kuantan. Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) itu merupakan majlis '3 dalam 1' iaitu Majlis Penghargaan Pelaksanaan MS ISO 9000, Pelancaran Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, dan Pelancaran Perkhidmatan mySMS Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang. Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Pada majlis itu juga telah ditayangkan sebuah video dan sebuah persembahan slaid yang telah diamanahkan kepada Indahku Production menghasilkannya. Keseluruhan perkhidmatan kami berjalan lancar.

Terima kasih kepada pihak Pejabat SUK khususnya En. Yus, Cik Siti Noordiana, Cik Roshayati dan ramai lagi yang telah memberi kepercayaan kepada kami, juga kepada para pelakon sketsa, pengarahnya dan penulis skrip yang sangat memahami tugas-tugas produksi kami yang ditekan kekangan masa.

Sedutan sebahagian video Sketsa mySMS dipaparkan untuk tontonan.

Wednesday, March 3, 2010

Pro atau Tak Pro?

.
Pro kah atau Tak Pro kalau sesebuah penerbitan video boleh dibuat cepat?

Ahad lalu (10 malam) secara tergesa-gesa kami diminta oleh Pejabat SUK Pahang menghasilkan sebuah video sketsa pendek yang akan ditayangkan jumaat ini sempena sebuah majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Pahang. Video 5 minit itu akan ditayang sebaik saja selesai gimik perasmian di pentas. Sketsa tersebut mengenai khidmat mySMS (Aduan).

Rabu kena tunjuk progres, khamis kena siap dan bersedia untuk raptai.

Kami hanya ada 4 hari saja untuk menghasilkannya?

"Boleh?" tanya mereka. "boleh laaa.." rayu mereka pula..

Seperti biasa, saya jawab saja "boleh.. tapi dengan syarat.."

Selepas berbincang malam itu, keputusan diambil antaranya: 1. menjelang pagi esok (isnin) kena ada orang tulis skrip, 2. menjelang pagi esok kena ada orang sanggup jadi pengarah, 3. menjelang pagi esok sudah ada para pelakon, 4. menjelang pagi esok sudah ditentukan lokasi, 5. esok shooting satu hari sahaja.. dan beberapa perkara lagi, semuanya esok..

Kemudian kami kena masuk studio untuk edit siap narration dan lagu latar.. perghhh..

Yang harunya, pagi isnin tu.. skrip berubah, lokasi berpindah ke Pekan, pelakon bertambah..

Pro atau Tak Pro kerja macam ini? hahaha.. tunggu.. hasilnya..







Tepi jalan baru reka skrip 'spontan'..










Pengarah nak begini..










Cameraman lak sibuk nak jadi Pengarah..










Penulis skrip dah pening..










Pelakon meluahkan pandangan..










Mujur Penerbit cool dan sabar..










Akhirnya Pengarah jadi Pelakon..










Cameraman kena la buat kerja dia..










Sudah kehendak skrip 'spontan'..










Action!



.