Thursday, September 30, 2010

Teknik 'Green Screen'

.

Teknik Layar Hijau atau Green Screen Technique dalam rakaman dan penyuntingan video adalah satu teknik digunakan apabila imej satu subjek/objek yang dirakam di satu lokasi ingin dibuat supaya kelihatan berada dalam satu imej lain yang dirakam di satu lokasi yang lain.

Contoh, seekor gajah mahu dibuat kelihatan merayau-rayau di laman sebuah rumah. Maka dua imej yang perlu diadun ialah imej gajah yang sedang merayau-rayau, dan imej laman sebuah rumah. Kedua-dua imej ini akan dirakam secara berasingan; imej gajah dirakam di zoo, imej rumah dan lamannya dirakam di satu lokasi lain. Kemudian, dengan menggunakan teknik Layar Hijau dalam proses penyuntingan, imej gajah itu boleh dibuat kelihatan merayau-rayau di laman rumah berkenaan.

Untuk membolehkan teknik Layar Hijau ini digunapakai dengan berkesan dalam penyuntingan, teknik ini juga mesti diaplikasi terlebih dahulu dalam proses rakaman salah satu daripada dua imej tadi. Caranya ialah dengan menjadikan Layar Hijau sebagai latar belakang salah satu imej itu. Dalam contoh di atas, yang lebih mudah ialah memasang layar hijau sebagai latarbelakang imej gajah.

Ini bermakna Teknik Layar Hijau mesti ada pada kedua-dua proses; proses rakaman dan proses suntingan.




(kembali ke www.indahkuproduction.blogspot.com)
.

No comments:

Post a Comment