Showing posts with label production. Show all posts
Showing posts with label production. Show all posts

Saturday, May 22, 2010

'Skylift Shot' mana ada dalam buku?

.
A Crane Shot is a shot taken by a camera on a crane. The camera is either raised up into the air or lowered to the ground during the shot - thereby dramatically varying the height and the angle-of-view of the shot.

Demikian biasanya takrif Crane Shot dalam buku-buku berkaitan Sinematografi atau Videografi.

Indahku Production berangan nak memperkenal dan mempopularkan istilah baru Skylift Shot. Kami dah Google Search dan Google Book memang belum ada istilah ini. Jadi, kalau ditakdirkan istilah ini popular di masa hadapan mulai tarikh hari ini maka sahlah istilah itu dicipta oleh Indahku Production, ha ha ha..

Tak kisah la kepada komen-komen yang akan kata "alah.. sama je hasilnya dengan Crane Shot..". Soalnya kami tidak menggunakan kren. Kren ialah jentera yang diguna untuk mengangkut atau memindahkan barang-barang, biasanya dengan menggunakan cangkuk. Kami menggunakan Skylift, jentera yang menyerupai kren tapi ada 'bakul' yang boleh menempatkan orang di dalamnya. Asalnya diguna oleh pihak bomba dan penyelamat, atau penyenggara bangunan dan perkhidmatan yang melibatkan kedudukan tinggi. Maka, kami nak namakannya Skylift Shot. Sudah beberapa kali kami menggunakan shot ini dalam produksi kami. Mungkin kelihatan tak pro, tapi hasilnya tetap pro..













































Sedikit sedutan hasilnya (video)


.

Monday, February 15, 2010

MCP (Multi-Camera Production / Penerbitan Multi-Kamera)















Satu kaedah penggambaran atau rakaman di mana lebih dari satu kamera digunakan serentak ke atas satu persembahan atau adegan. Misalnya 3 kamera, masing-masing diletak pada posisi yang berbeza dan setiap satu biasanya menggambar jenis shot yang berbeza (seperti long shot, medium shot dan close-up).

Seorang Pengarah atau Pembantu Pengarah akan mengawal sejenis alat pemilih (Switcher atau Video Mixer) untuk memilih mana-mana satu shot secara bersilih ganti, atau mengadun dua shot. Pada masa yang sama beliau juga akan memberi arahan (melalui alat telekomunikasi) kepada setiap jurukamera untuk jenis shot yang dikehendaki.

Ini merupakan kaedah yang menjadi amalan penerbitan di stesen penyiaran televisyen sama ada di dalam studio atau siaran luar.

Indahku Studio menyediakan perkhidmatan MCP untuk membolehkan rakaman program studio ala Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi-O, Al-Kuliyyah, Halaqah, Nona, rancangan-rancangan seumpama Berita, Melodi, Studio Nabil, Spontan, dan banyak lagi, sama ada yang berpenonton atau tidak. Rakaman-rakaman seperti itu tidak semestinya dibuat untuk tujuan penyiaran TV tetapi boleh juga untuk tv internet seperti Youtube, Yahoo Video dan lain-lain, atau dihasilkan dalam bentuk DVD untuk dikomersilkan atau hanya sebagai simpanan peribadi.

Indahku Production juga mengadaptasi kaedah MCP untuk digunakan pada majlis-majlis yang memerlukan rakaman atau siaran langsung setempat seperti majlis konvokesyen, forum, pertunjukan pentas, majlis perasmian, majlis perkahwinan dan seumpamanya, dengan sedikit penambahan selain rakaman iaitu majlis tersebut dapat ditonton melalui llayar besar atau peti-peti televisyen yang diletak dibeberapa lokasi di sekitar tempat di mana majlis itu berlangsung.

Kaedah ini sering juga disebut sebagai CCTV (Close-Circuit TV / TV Litar Tertutup), tetapi tidaklah boleh disamakan dengan CCTV yang digunakan untuk tujuan keselamatan, pemantauan atau intipan.
.
..
.

Friday, January 1, 2010

Indahku Studio

.
A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1,
Taman Sri Perdana,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan.

Demikian alamat dan premis baru Indahku Production. Rumah kedai tingkat satu yang disewa ini sekarang sedang diubahsuai untuk menjadi sebuah studio serba-serbi.. ia boleh jadi sebuah studio penerbitan video, audio, fotografi dan multimedia. Signboard yang akan naik sedikit hari lagi ialah Indahku Studio, lebih tepat dengan fungsi ruang kedai itu. Lagipun Indahku Studio baru saja didaftar pada 11 Disember 2009 lalu.

Indahku Studio ke Indahku Production ke.. premisnya sama.. Indahku Production sebenarnya dah 5 tahun didaftar tapi selama ini beroperasi di rumah No.4, Lrg Permatang Badak Aman 12, Kg Baru, Permatang Badak, 25150 Kuantan. Untuk mempunyai alamat sebuah premis maka Indahku Studio didaftarkan. Mohd Azra'ie Azahari didaftarkan sebagai pemilik Indahku Studio. Beliau lebih muda dan berdaya maju..

Setakat hari ini Indahku Studio sedang diubahsuai, maka ia belum beroperasi secara fizikal. Namun, aktiviti penerbitan kami tetap berjalan seperti biasa.. untuk perkhidmatan, sila hubungi kami di talian: 09-5736455 (Studio), 012 954 9456 (Azahari), 017 978 9909 (Azra'ie).

Layari website: www.indahku.com untuk mengetahui produk dan perkhidmatan kami.
.