Tuesday, March 26, 2013

Perkhidmatan Rakaman sahaja..


Indahku Production juga menyediakan perkhidmatan untuk merakam sahaja (video) yang tidak melibatkan editing dan publishing DVD. Terkini perkhidmatan seperti itu telah ditawarkan oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang mahukan kami merakam liputan keseluruhan majlis IM4U di Dataran Pekan yang dihadiri serta dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013


Indahku Production telah terlibat menjayakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan pada pagi 21 Mac 2013.

Majlis Petronas Bersama Komuniti


Majlis Petronas Bersama Komuniti telah berlangsung di dewan Wisma Belia Indera Mahkota pada 20hb Mac 2013 di mana Indahku Production telah terlibat memberikan perkhidmatan Sistem Paparan.

Video Dokumentari - Rumah Komuniti


Indahku Production telah menerbitkan sebuah video dokumentari berkaitan Rumah Komuniti (Caring Community House) yang bernaung di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.

Friday, March 1, 2013

Seminar Pendidikan Fatwa


Seminar Pendidikan Fatwa anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang telah diadakan di Dewan Jubli Jalan Teluk Sisek, Kuantan pada 28 Februari 2013


MCP Majlis Resepsi Pengantin


Majlis  menyambut menantu di antara YM Tengku Sulaiman Putra Bin Tengku Dato'Ibrahim dengan Nor Faiza Binti Dato' Effendi telah diadakan di Dewan Konvensyen Pekan pada 9 Februari 2013