Monday, September 14, 2015

Kami Masih Aktif

Kepada para pembaca khususnya para pelanggan kami yang kami hormati,

Adalah dimaklumkan bahawa syarikat kami Indahku Production dan Indahku Studio sampai saat ini masih lagi aktif. Blog ini yang tidak dikemaskini tidak menggambarkan kami sudah tidak beroperasi. Kami masih lagi aktif menawarkan perkhidmatan-perkhidmatan yang diperlukan dalam bidang penerbitan video, antaranya:
1.   Sistem MCP (Multi-Camera Production) atau Live Feed.
2.   Liputan Video (Video Coverage)
3.   Video Dokumentari
4.   Video Korporat
dan lain-lain.

Kami boleh dihubungi seperti berikut:
1.   Azahari Abdullah - 0129549456
2.   Nurbaiti Nadirah - 0139383161
3.   Mohd Azraie - 0179789909
4.   indahkuproduction@gmail.com

Produk-produk kami boleh ditonton di: www.youtube.com/indahkuproduction

Tuesday, March 26, 2013

Perkhidmatan Rakaman sahaja..


Indahku Production juga menyediakan perkhidmatan untuk merakam sahaja (video) yang tidak melibatkan editing dan publishing DVD. Terkini perkhidmatan seperti itu telah ditawarkan oleh sebuah syarikat dari Kuala Lumpur yang mahukan kami merakam liputan keseluruhan majlis IM4U di Dataran Pekan yang dihadiri serta dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013


Indahku Production telah terlibat menjayakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan 2013 anjuran Jabatan Perhutanan Negeri Pahang yang telah diadakan di Universiti Malaysia Pahang Kampus Pekan pada pagi 21 Mac 2013.

Majlis Petronas Bersama Komuniti


Majlis Petronas Bersama Komuniti telah berlangsung di dewan Wisma Belia Indera Mahkota pada 20hb Mac 2013 di mana Indahku Production telah terlibat memberikan perkhidmatan Sistem Paparan.

Video Dokumentari - Rumah Komuniti


Indahku Production telah menerbitkan sebuah video dokumentari berkaitan Rumah Komuniti (Caring Community House) yang bernaung di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan.

Friday, March 1, 2013

Seminar Pendidikan Fatwa


Seminar Pendidikan Fatwa anjuran Jabatan Mufti Negeri Pahang telah diadakan di Dewan Jubli Jalan Teluk Sisek, Kuantan pada 28 Februari 2013


MCP Majlis Resepsi Pengantin


Majlis  menyambut menantu di antara YM Tengku Sulaiman Putra Bin Tengku Dato'Ibrahim dengan Nor Faiza Binti Dato' Effendi telah diadakan di Dewan Konvensyen Pekan pada 9 Februari 2013


Saturday, December 22, 2012

Bengkel Rakaman dan Suntingan Audio


...telah berlangsung selama 4 hari bermula 17 Disember 2012 di Kolej Komuniti Kuala Langat.


20 Caring Years Anniversary..


Majlis Makan Malam Petronas Chemicals, MTBE & PPMSB di Kuantan pada 14 Dis 2012 sempena meraikan '20 Caring Years Anniversary'. Sambil menjamu selera hadirin telah dihidangkan juga dengan pelbagai acara seperti tayangan video, cabutan bertuah dan persembahan pentas. Pengacara terkenal Sarimah telah mengacarakan majlis tersebut. Acara kemuncak ialah persembahan Kumpulan May.

Indahku Production telah diberi tugas membuat Liputan 'Live' MCP (Multi-Camera Production) pada majlis tersebut.



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari website kami: www.indahku.com


Wednesday, December 12, 2012

Lynas Oh Lynas.. Prof buat demo..


Lynas Malaysia Sdn Bhd
Petikan Facebook:
We continue to work with the local community to demonstrate that we are a trustworthy company that contributes to Malaysia in a safe and sustainable manner. At a briefing of operations at the plant on Friday December 7th, residents from several villages were given a clear picture of the safety of rare earth elements.

Indahku Production telah dilibatkan dalam taklimat tersebut melakukan 'live feed' atau siaran langsung untuk komuniti dan wartawan semasa Prof Dr Ismail Bahari membuat demonstrasi pengukuran tahap radiasi yang dipertahankan mereka sebagai sangat rendah dari tapak penempatan tanah nadir bumi dan kontena-kontena pembawa bahan tersebut. Hanya seorang jurukamera kami yang dibenarkan masuk dan menghampiri lokasi tersebut sementara orang ramai, wartawan dan jurugambar lain menonton siaran langsung melalui beberapa peti tv yang dipasang di bawah khemah tetamu.


MTBE & PPMSB Family Carnival


Indahku Production telah membuat liputan video berbagai acara yang berlangsung di Karnival Famili MTBE & PPMSB sempena merayakan Ulangtahun ke-20 mereka pada 1 Disember 2012.


Tuesday, November 27, 2012

Konvo KIPSAS Ke-11 (2012)


Majlis Konvokesyen KIPSAS Ke-11 telah diadakan di Dewan Cashmere Hotel Zenith Kuantan pada 19 November 2012. Para graduan telah menerima diploma mereka daripada YAB Menteri Besar Pahang.

Indahku Production telah diberi peluang sekali lagi oleh KIPSAS untuk membuat liputan Live MCP (Multi-Camera Production). Berikut adalah video petikan sebahagian majlis tersebut. Lain-lain video boleh ditonton di laman web kami www.indahku.com


.