.
Semalam Indahku Production membuat liputan video sebahagian acara Hari Keluarga EPIC di Gambang Resort City. Sebagai sebuah syarikat besar yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membawa warganya yang serama hampir 2,000 orang menginap dan bergembira di resort popular ini.
Indahku Production membuat liputan video single camera pada acara Sukaneka di sebelah petang, dan liputan siaran langsung melalui kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada sebelah malamnya.
Adalah satu tindakan yang tepat bagi Pengerusi J/Kuasa Hari Keluarga EPIC mempelawa kami menyediakan khidmat MCP kerana dengan kehadiran begitu ramai warganya pada malam itu untuk menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung di pentas dewan utama, tentulah dewan itu tidak mampu menampung semua yang hadir, maka 3 buah skrin besar terpaksa dipasang di beberapa lokasi untuk memaparkan liputan acara dengan memuaskan.
Berikut ialah video montaj Sukaneka EPIC:
.
Sunday, August 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment