Friday, October 1, 2010

Bendera Hijau Gergasi di Kuala Gandah?

.
Semalam kami membuat penggambaran di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lancang, Pahang. Ini kali kedua kami membuat shooting di situ.

Tapi kali ini kami turut memasang bendera hijau gergasi bersaiz 9 meter x 16 meter. Tiada bulatan putih di tengahnya, maka ia bukan bendera untuk kempen pilihanraya. Ia kami naikkan sebagai latar belakang untuk mengaplikasikan Teknik Layar Hijau (Green Screen) pada penggambaran kami.

Pelanggan kami (Pejabat SUK Pahang) memerlukan video yang menggambarkan seorang panglima menaiki gajah diiringi 2 orang pengawal membawa sebuah buku untuk dipersembahkan kepada KDYMM Sultan Pahang. Gajah itu dikehendaki melalui perjalanan dari satu kawasan hutan dan perkampungan, kemudian naik ke jalanraya dan lebuhraya melalui bandar-bandar Temerloh, Maran dan Kuantan..

Masalahnya, pihak berkuasa Pusat Konservasi Gajah itu tidak mengizinkan kami membawa keluar gajah dari pusat itu, apatah lagi untuk berjalan di atas jalanraya dan lebuhraya. Namun, rakaman di dalam pusat itu dibenarkan.

Maka, kami mengambil keputusan menggunakan Teknik Layar Hijau (Green Screen) untuk mencapai hasrat itu.












.
(Untuk lain-lain berita sila layari www.indahkuproduction.blogspot.com)

No comments:

Post a Comment