Saturday, December 22, 2012

Bengkel Rakaman dan Suntingan Audio


...telah berlangsung selama 4 hari bermula 17 Disember 2012 di Kolej Komuniti Kuala Langat.


20 Caring Years Anniversary..


Majlis Makan Malam Petronas Chemicals, MTBE & PPMSB di Kuantan pada 14 Dis 2012 sempena meraikan '20 Caring Years Anniversary'. Sambil menjamu selera hadirin telah dihidangkan juga dengan pelbagai acara seperti tayangan video, cabutan bertuah dan persembahan pentas. Pengacara terkenal Sarimah telah mengacarakan majlis tersebut. Acara kemuncak ialah persembahan Kumpulan May.

Indahku Production telah diberi tugas membuat Liputan 'Live' MCP (Multi-Camera Production) pada majlis tersebut.



Untuk lain-lain aktiviti Indahku Production sila layari website kami: www.indahku.com


Wednesday, December 12, 2012

Lynas Oh Lynas.. Prof buat demo..


Lynas Malaysia Sdn Bhd
Petikan Facebook:
We continue to work with the local community to demonstrate that we are a trustworthy company that contributes to Malaysia in a safe and sustainable manner. At a briefing of operations at the plant on Friday December 7th, residents from several villages were given a clear picture of the safety of rare earth elements.

Indahku Production telah dilibatkan dalam taklimat tersebut melakukan 'live feed' atau siaran langsung untuk komuniti dan wartawan semasa Prof Dr Ismail Bahari membuat demonstrasi pengukuran tahap radiasi yang dipertahankan mereka sebagai sangat rendah dari tapak penempatan tanah nadir bumi dan kontena-kontena pembawa bahan tersebut. Hanya seorang jurukamera kami yang dibenarkan masuk dan menghampiri lokasi tersebut sementara orang ramai, wartawan dan jurugambar lain menonton siaran langsung melalui beberapa peti tv yang dipasang di bawah khemah tetamu.


MTBE & PPMSB Family Carnival


Indahku Production telah membuat liputan video berbagai acara yang berlangsung di Karnival Famili MTBE & PPMSB sempena merayakan Ulangtahun ke-20 mereka pada 1 Disember 2012.