Tuesday, October 19, 2010

Nostalgia Bulan Bahasa..

.
Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Pahang yang diadakan di Auditorium RTM Pahang telah mengimbau kenangan silam sebahagian orang lama
.

Sempurna 3 dalam 1

.
Mengambil sempena tarikh yang comel 10.10.10 telah berlangsung majlis perkahwinan 3 pasang pengantin anak-anak lelaki Hj Azlan Abdullah dan Hjh Norbayah, iaitu Nor Azhar (pasangannya Fatin Farhana), Nor Zaidi (pasangannya Nordiana), dan Nor Izwan (pasangannya Norhasmira). Majlis 'jarang-jarang' itu telah diadakan di Grand Mahkota Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur.
.

Fashion Week 2010

.

Friday, October 1, 2010

Bendera Hijau Gergasi di Kuala Gandah?

.
Semalam kami membuat penggambaran di Pusat Konservasi Gajah Kuala Gandah, Lancang, Pahang. Ini kali kedua kami membuat shooting di situ.

Tapi kali ini kami turut memasang bendera hijau gergasi bersaiz 9 meter x 16 meter. Tiada bulatan putih di tengahnya, maka ia bukan bendera untuk kempen pilihanraya. Ia kami naikkan sebagai latar belakang untuk mengaplikasikan Teknik Layar Hijau (Green Screen) pada penggambaran kami.

Pelanggan kami (Pejabat SUK Pahang) memerlukan video yang menggambarkan seorang panglima menaiki gajah diiringi 2 orang pengawal membawa sebuah buku untuk dipersembahkan kepada KDYMM Sultan Pahang. Gajah itu dikehendaki melalui perjalanan dari satu kawasan hutan dan perkampungan, kemudian naik ke jalanraya dan lebuhraya melalui bandar-bandar Temerloh, Maran dan Kuantan..

Masalahnya, pihak berkuasa Pusat Konservasi Gajah itu tidak mengizinkan kami membawa keluar gajah dari pusat itu, apatah lagi untuk berjalan di atas jalanraya dan lebuhraya. Namun, rakaman di dalam pusat itu dibenarkan.

Maka, kami mengambil keputusan menggunakan Teknik Layar Hijau (Green Screen) untuk mencapai hasrat itu.












.
(Untuk lain-lain berita sila layari www.indahkuproduction.blogspot.com)

Thursday, September 30, 2010

Teknik 'Green Screen'

.

Teknik Layar Hijau atau Green Screen Technique dalam rakaman dan penyuntingan video adalah satu teknik digunakan apabila imej satu subjek/objek yang dirakam di satu lokasi ingin dibuat supaya kelihatan berada dalam satu imej lain yang dirakam di satu lokasi yang lain.

Contoh, seekor gajah mahu dibuat kelihatan merayau-rayau di laman sebuah rumah. Maka dua imej yang perlu diadun ialah imej gajah yang sedang merayau-rayau, dan imej laman sebuah rumah. Kedua-dua imej ini akan dirakam secara berasingan; imej gajah dirakam di zoo, imej rumah dan lamannya dirakam di satu lokasi lain. Kemudian, dengan menggunakan teknik Layar Hijau dalam proses penyuntingan, imej gajah itu boleh dibuat kelihatan merayau-rayau di laman rumah berkenaan.

Untuk membolehkan teknik Layar Hijau ini digunapakai dengan berkesan dalam penyuntingan, teknik ini juga mesti diaplikasi terlebih dahulu dalam proses rakaman salah satu daripada dua imej tadi. Caranya ialah dengan menjadikan Layar Hijau sebagai latar belakang salah satu imej itu. Dalam contoh di atas, yang lebih mudah ialah memasang layar hijau sebagai latarbelakang imej gajah.

Ini bermakna Teknik Layar Hijau mesti ada pada kedua-dua proses; proses rakaman dan proses suntingan.




(kembali ke www.indahkuproduction.blogspot.com)
.

Ramli Ibrahim - Semakin popular kerana 1Malaysia?

.
Pada 27 September lalu telah berlangsung Majlis Pelancaran Pameran Framing Odissi yang telah disempurnakan oleh KDYTM Tengku Puan Pahang bertempat di Muzium Seni Pahang, Kuantan.

Antara selebriti yang diundang ialah penari Ramli Ibrahim.

(akan menulis lagi..)
.

Thursday, September 9, 2010

Selamat Hari Raya

.
Selamat Hari Raya Eidulfitri diucapkan kepada semua pelanggan kami dan juga subscriber blog ini.
.











.

Friday, September 3, 2010

Merdeka 53.. Tertutup namun meriah

.
Buat kali keduanya sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara peringkat Negeri Pahang diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan. Buat kali kedua juga Indahku Production diberi kepercayaan membuat liputan video live (secara langsung) menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production). Sambutan di stadium tertutup ini adalah kerana tarikh 31 Ogos tahun ini telah jatuh pada bulan Ramadhan, sama seperti tahun lalu.

Untuk majlis yang besar dan di ruang yang luas itu kami telah menggunakan 4 buah kamera (sepatutnya 5 atau 6, baru best..), untuk mempastikan setiap sudut penting tidak terlepas dari lensa kamera video kami agar dapat dipapar kepada penonton di dalam dan di luar stadium dengan besar dan jelas melalui 4 layar besar, 4 projektor LCD, sebuah LCD TV 37" di pentas VVIP (KDYTM Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang) dan sebuah lagi LCD TV 32" di ruang lobi.

Cahaya siang dari luar ditambah pula cahaya sinar lampu dalaman yang melingkari ruang
tengah stadium telah memaksa kami menggunakan projektor LCD 4600 ANSI Lumen agar paparan visual cukup terang untuk dinikmati penonton (kalau nak dikirakan kekuatan itu masih belum cukup).










































Berikut sedutan video Koir, Gendang 1Malaysia dan Grafik Manusia:





Saturday, August 28, 2010

ELEKTRO SERVE: Montaj Video

.
Sepanjang 2 minggu ini kami sibuk menyiapkan montaj video untuk Syarikat Elektro Serve (M) Sdn.Bhd di Cukai, Kemaman. Montaj video ini diperlukan segera untuk tayangan pengenalan kepada beberapa orang ahli perniagaan Jepun yang melawat ke kilang ini untuk menawar peluang-peluang kerjasama perniagaan.

Walaupun shooting dan editing perlu siap dalam masa 2 minggu ini, tetapi produk kami dikehendaki tampil profesional. Syarikat ini berharap dapat menambat hati ahli-ahli perniagaan tersebut.

(akan menulis lagi..)
.

Wednesday, August 18, 2010

Rakam ucapan Hari Raya anda dan upload ke YouTube

.
Ini sampel rakaman yang dimaksudkan, dirakam di Indahku Studio:



Anda cuma perlu datang ke Indahku Studio di A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1, Taman Sri Perdana, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dengan rupadiri dan penampilan pilihan anda, duduk di set yang tersedia, dan bercakap dengan bersahaja tanpa skrip.. Anda dirakam..

Selesai rakaman anda preview. Jika semuanya sudah ok kami akan upload video anda ke YouTube. Dalam beberapa minit saja video anda akan berada di alam siber untuk ditonton oleh sesiapa sahaja..

Anda hanya dikenakan bayaran RM15 seorang, atau jika anda datang berkumpulan bayar saja RM50 untuk sejam rakaman. Silakan.. hubungi kami di talian 09 573 6455 atau 012 954 9456 (Azahari) atau 017 978 9909 (Azraie).
.

Sunday, August 8, 2010

Hari Keluarga EPIC 2010

.
Semalam
Indahku Production membuat liputan video sebahagian acara Hari Keluarga EPIC di Gambang Resort City. Sebagai sebuah syarikat besar yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membawa warganya yang serama hampir 2,000 orang menginap dan bergembira di resort popular ini.

Indahku Production membuat liputan video single camera pada acara Sukaneka di sebelah petang, dan liputan siaran langsung melalui kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada sebelah malamnya.

Adalah satu tindakan yang tepat bagi Pengerusi J/Kuasa Hari Keluarga EPIC mempelawa kami menyediakan khidmat MCP kerana dengan kehadiran begitu ramai warganya pada malam itu untuk menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung di pentas dewan utama, tentulah dewan itu tidak mampu menampung semua yang hadir, maka 3 buah skrin besar terpaksa dipasang di beberapa lokasi untuk memaparkan liputan acara dengan memuaskan.

Berikut ialah video montaj Sukaneka EPIC:


.

Thursday, August 5, 2010

Azan: kuat tak apa, jangan bingit..


Apa bezanya 'kuat' dengan 'bingit'?

Bunyi yang kuat masih boleh kedengaran lunak, tetapi bunyi bingit walaupun perlahan agak tidak selesa untuk mendengarnya. Bunyi azan kuat dari corong pembesar suara menara Masjid Negeri boleh kedengaran ke segenap pelosok kota, namun jarang meresahkan pendengarnya, tetapi bunyi azan bingit dari pembesar suara beberapa masjid kecil dan surau di taman-taman perumahan yang lontarannya tidaklah terlalu jauh, namun sering juga menerima teguran agar ia diperlahankan lagi..

Bunyi bingit ialah bunyi yang pecah, berdeper.. istilah teknikalnya ialah herotan, atau distortion dalam Bahasa Inggeris. Ia memang tidak enak didengar walaupun perlahan. Apa yang menyebabkan ia kedengaran bingit?

Harap-harap para Imam dan Bilal Masjid-masjid Daerah Negeri Pahang yang mengikuti kursus sehari Pengendalian Sistem Siaraya yang kami kendalikan telah memahami perbezaan ini, dan tahu sebab musababnya.. Ia merupakan sebahagian dari kandungan kursus tersebut di samping beberapa topik lain yang turut dibincangkan.




Menurunkan ilmu teknikal kepada golongan agamawan dan pendakwah memerlukan pendekatan yang tersendiri..




Untuk lain-lain berita, layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.