Saturday, March 6, 2010

Majlis '3 dalam 1'

.
Malam tadi sempurnalah satu lagi tugas membuat liputan live dengan kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada satu majlis di MS Garden, Kuantan. Majlis anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang (SUK) itu merupakan majlis '3 dalam 1' iaitu Majlis Penghargaan Pelaksanaan MS ISO 9000, Pelancaran Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur, dan Pelancaran Perkhidmatan mySMS Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Pahang. Majlis dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Pahang.

Pada majlis itu juga telah ditayangkan sebuah video dan sebuah persembahan slaid yang telah diamanahkan kepada Indahku Production menghasilkannya. Keseluruhan perkhidmatan kami berjalan lancar.

Terima kasih kepada pihak Pejabat SUK khususnya En. Yus, Cik Siti Noordiana, Cik Roshayati dan ramai lagi yang telah memberi kepercayaan kepada kami, juga kepada para pelakon sketsa, pengarahnya dan penulis skrip yang sangat memahami tugas-tugas produksi kami yang ditekan kekangan masa.

Sedutan sebahagian video Sketsa mySMS dipaparkan untuk tontonan.

2 comments:

  1. mcm aku komen semalam, hasil video mu mmg Pro, Bro.... hehehe!

    ReplyDelete
  2. salam ..ada tak nombor telefon cik roshayati? nak tanya tentang latihan industri di pejabat s/u kerajaan pahang la.. ada tak?

    ReplyDelete