Friday, September 3, 2010

Merdeka 53.. Tertutup namun meriah

.
Buat kali keduanya sambutan Ulangtahun Kemerdekaan negara peringkat Negeri Pahang diadakan di Stadium Tertutup SUKPA, Kuantan. Buat kali kedua juga Indahku Production diberi kepercayaan membuat liputan video live (secara langsung) menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production). Sambutan di stadium tertutup ini adalah kerana tarikh 31 Ogos tahun ini telah jatuh pada bulan Ramadhan, sama seperti tahun lalu.

Untuk majlis yang besar dan di ruang yang luas itu kami telah menggunakan 4 buah kamera (sepatutnya 5 atau 6, baru best..), untuk mempastikan setiap sudut penting tidak terlepas dari lensa kamera video kami agar dapat dipapar kepada penonton di dalam dan di luar stadium dengan besar dan jelas melalui 4 layar besar, 4 projektor LCD, sebuah LCD TV 37" di pentas VVIP (KDYTM Tengku Mahkota dan Tengku Puan Pahang) dan sebuah lagi LCD TV 32" di ruang lobi.

Cahaya siang dari luar ditambah pula cahaya sinar lampu dalaman yang melingkari ruang
tengah stadium telah memaksa kami menggunakan projektor LCD 4600 ANSI Lumen agar paparan visual cukup terang untuk dinikmati penonton (kalau nak dikirakan kekuatan itu masih belum cukup).










































Berikut sedutan video Koir, Gendang 1Malaysia dan Grafik Manusia:





Saturday, August 28, 2010

ELEKTRO SERVE: Montaj Video

.
Sepanjang 2 minggu ini kami sibuk menyiapkan montaj video untuk Syarikat Elektro Serve (M) Sdn.Bhd di Cukai, Kemaman. Montaj video ini diperlukan segera untuk tayangan pengenalan kepada beberapa orang ahli perniagaan Jepun yang melawat ke kilang ini untuk menawar peluang-peluang kerjasama perniagaan.

Walaupun shooting dan editing perlu siap dalam masa 2 minggu ini, tetapi produk kami dikehendaki tampil profesional. Syarikat ini berharap dapat menambat hati ahli-ahli perniagaan tersebut.

(akan menulis lagi..)
.

Wednesday, August 18, 2010

Rakam ucapan Hari Raya anda dan upload ke YouTube

.
Ini sampel rakaman yang dimaksudkan, dirakam di Indahku Studio:



Anda cuma perlu datang ke Indahku Studio di A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1, Taman Sri Perdana, Bandar Indera Mahkota, Kuantan dengan rupadiri dan penampilan pilihan anda, duduk di set yang tersedia, dan bercakap dengan bersahaja tanpa skrip.. Anda dirakam..

Selesai rakaman anda preview. Jika semuanya sudah ok kami akan upload video anda ke YouTube. Dalam beberapa minit saja video anda akan berada di alam siber untuk ditonton oleh sesiapa sahaja..

Anda hanya dikenakan bayaran RM15 seorang, atau jika anda datang berkumpulan bayar saja RM50 untuk sejam rakaman. Silakan.. hubungi kami di talian 09 573 6455 atau 012 954 9456 (Azahari) atau 017 978 9909 (Azraie).
.

Sunday, August 8, 2010

Hari Keluarga EPIC 2010

.
Semalam
Indahku Production membuat liputan video sebahagian acara Hari Keluarga EPIC di Gambang Resort City. Sebagai sebuah syarikat besar yang tersenarai dalam Papan Utama Bursa Saham, Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (EPIC) telah membawa warganya yang serama hampir 2,000 orang menginap dan bergembira di resort popular ini.

Indahku Production membuat liputan video single camera pada acara Sukaneka di sebelah petang, dan liputan siaran langsung melalui kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada sebelah malamnya.

Adalah satu tindakan yang tepat bagi Pengerusi J/Kuasa Hari Keluarga EPIC mempelawa kami menyediakan khidmat MCP kerana dengan kehadiran begitu ramai warganya pada malam itu untuk menyaksikan pelbagai acara yang berlangsung di pentas dewan utama, tentulah dewan itu tidak mampu menampung semua yang hadir, maka 3 buah skrin besar terpaksa dipasang di beberapa lokasi untuk memaparkan liputan acara dengan memuaskan.

Berikut ialah video montaj Sukaneka EPIC:


.

Thursday, August 5, 2010

Azan: kuat tak apa, jangan bingit..


Apa bezanya 'kuat' dengan 'bingit'?

Bunyi yang kuat masih boleh kedengaran lunak, tetapi bunyi bingit walaupun perlahan agak tidak selesa untuk mendengarnya. Bunyi azan kuat dari corong pembesar suara menara Masjid Negeri boleh kedengaran ke segenap pelosok kota, namun jarang meresahkan pendengarnya, tetapi bunyi azan bingit dari pembesar suara beberapa masjid kecil dan surau di taman-taman perumahan yang lontarannya tidaklah terlalu jauh, namun sering juga menerima teguran agar ia diperlahankan lagi..

Bunyi bingit ialah bunyi yang pecah, berdeper.. istilah teknikalnya ialah herotan, atau distortion dalam Bahasa Inggeris. Ia memang tidak enak didengar walaupun perlahan. Apa yang menyebabkan ia kedengaran bingit?

Harap-harap para Imam dan Bilal Masjid-masjid Daerah Negeri Pahang yang mengikuti kursus sehari Pengendalian Sistem Siaraya yang kami kendalikan telah memahami perbezaan ini, dan tahu sebab musababnya.. Ia merupakan sebahagian dari kandungan kursus tersebut di samping beberapa topik lain yang turut dibincangkan.




Menurunkan ilmu teknikal kepada golongan agamawan dan pendakwah memerlukan pendekatan yang tersendiri..




Untuk lain-lain berita, layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Monday, July 5, 2010

Subuh Berdarah Di Kuala Krau @ PWTC

.
Indahku Production telah terlibat di dalam pementasan teater Subuh Berdarah Di Kuala Krau selaku Pereka Audio Visual dan Penerbit Teknik. Pementasan telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC sempena Majlis Mengenang Jasa Pejuang Negara pada 3 Julai lalu. Turut hadir ialah YB Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein dan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim.














.
(Untuk lain-lain berita, layari: www.indahkuproduction.blogspot.com)
.

Friday, July 2, 2010

Pulau Ular.. Orang Kuantan pun tak ambil kisah..

.
Setiap kali kami diminta membikin Video Promosi atau Video Komersil (Iklan), kami merasa tanggungjawab mempromosi sesuatu produk itu terbeban di atas bahu kami. Payahnya membikin video begini ialah durasinya (jangkamasa) yang sangat pendek. Perhatikan saja video iklan-iklan di tv, dalam masa 30 saat sesuatu produk itu mesti dijaja dengan satu tujuan; iaitu wajib memikat dan menggoda pengguna untuk menjadi pelanggan..

Sanctuary Resort Malaysia (Cherating, Pahang) menaruh harapan kepada kami untuk mempromosi resort itu. Durasi tidak melebihi 3 minit (mujur tidak 30 saat). Seperti biasa fizikal dan kemudahan-kemudahan resort harus ditampilkan, namun pemiliknya mahukan kami menonjolkan Pulau Ular sebagai salah satu daya penariknya..





















Pulau Ular memang perlu dipromosi.. tetapi kenapa Sanctuary Resort pula yang kena promosi?

.

Saturday, June 5, 2010

Happy Birthday Dato'

.
Semalam, 4 Jun, merupakan hari ulangtahun kelahiran Dato' Sharif Shamsuddin yang ke-60. Satu majlis meraikannya telah dianjurkan oleh anak-anak dan isterinya di Ballroom Hotel MS Garden. Mereka telah menggunakan perkhidmatan kami untuk sistem MCP (Multi-Camera Production).

Meriah sungguh majlis malam itu apatah lagi diserikan oleh pelawak-pelawak Nabil, Sh.Shahirah, Angah dan Kumpulan Sepah. Selain terhibur dengan lawak jenaka mereka, para penonton tentunya berpuashati kerana dapat menatap wajah-wajah mereka dengan jelas dan 'besar' melalui shot-shot yang diambil oleh juru-jurukamera kami. Itulah fungsi sebenar Sistem MCP dalam sesuatu majlis.

Di bawah ini video persembahan The Daughter's Duet:


.

Saturday, May 22, 2010

'Skylift Shot' mana ada dalam buku?

.
A Crane Shot is a shot taken by a camera on a crane. The camera is either raised up into the air or lowered to the ground during the shot - thereby dramatically varying the height and the angle-of-view of the shot.

Demikian biasanya takrif Crane Shot dalam buku-buku berkaitan Sinematografi atau Videografi.

Indahku Production berangan nak memperkenal dan mempopularkan istilah baru Skylift Shot. Kami dah Google Search dan Google Book memang belum ada istilah ini. Jadi, kalau ditakdirkan istilah ini popular di masa hadapan mulai tarikh hari ini maka sahlah istilah itu dicipta oleh Indahku Production, ha ha ha..

Tak kisah la kepada komen-komen yang akan kata "alah.. sama je hasilnya dengan Crane Shot..". Soalnya kami tidak menggunakan kren. Kren ialah jentera yang diguna untuk mengangkut atau memindahkan barang-barang, biasanya dengan menggunakan cangkuk. Kami menggunakan Skylift, jentera yang menyerupai kren tapi ada 'bakul' yang boleh menempatkan orang di dalamnya. Asalnya diguna oleh pihak bomba dan penyelamat, atau penyenggara bangunan dan perkhidmatan yang melibatkan kedudukan tinggi. Maka, kami nak namakannya Skylift Shot. Sudah beberapa kali kami menggunakan shot ini dalam produksi kami. Mungkin kelihatan tak pro, tapi hasilnya tetap pro..













































Sedikit sedutan hasilnya (video)


.

Set for MSET

.
Perit getir membangunkan sebuah syarikat memang menjadi kenangan yang tak mungkin dapat dilupakan oleh pemiliknya. Menjadi ralat dan kesal apabila semua kesan kenangan tersebut telah tidak diabadikan atau didokumentasikan dalam bentuk visual sama ada foto atau video untuk tatapan mereka yang di hadapan mahupun pengiktirafan kepada hasil usaha sendiri.

Sedar dari kesilapan tersebut, syarikat MSET Engineering Corporation Sdn Bhd, Paka, Terengganu, memulakan inisiatif mendokumentasikan secara profesional segala kisah perkembangan dan pembangunan syarikat ini. Indahku Production telah diamanahkan tanggungjawab ini.

Sayangnya, sumbangan profesional kami hanya bermula dari saat bangunan lama syarikat ini akan dirobohkan.. malah agak lewat penglibatan kami hanyalah setelah bangunan ini dikosongkan dan dalam beberapa hari lagi akan diroboh..

Namun, di tapak yang sama akan dibangunkan bangunan yang baru sebagai lambang pencapaian dan kemajuan pesat syarikat ini, dan kami telah diberi kepercayaan merakamkan detik-detik penting tertegaknya bangunan ini yang akan mengambil masa 1 tahun, manakala bulan-bulan berikutnya detik-detik perpindahan dan pengisian semula bangunan baru itu.

Syarikat ini telah memilih kaedah produksi ala National Geography untuk scene 'meroboh bangunan lama dan membangun yang baru' di mana rakaman video yang kami buat selama hampir 2 tahun ini akan dipapar secara Time Warp kelajuan 10,000 kali ganda yang mungkin akan terpapar hanya untuk 60 saat sahaja.. di samping photobook yang akan mengabadikan gambar-gambar kenangan yang manis ini.

Insya Allah. Doakan yang terbaik bagi kami untuk MSET..

























Wednesday, April 21, 2010

Pelanggan Tionghua Bergambar di Indahku Studio

.
Sekumpulan pemuda pemudi Tionghua mengunjungi Studio Indahku malam tadi untuk sesi photo shoot memperaga pakaian-pakaian yang mereka hasilkan di butik mereka untuk dimuatkan di dalam katalog yang akan mereka cetak dan edar kepada pelanggan-pelanggan mereka.

Mereka menyewa kemudahan-kemudahan studio photo shoot termasuk khidmat Jurufoto kami dengan kadar yang sangat berpatutan. Kumpulan ini menggunakan model-model mereka sendiri, juga pendandan rambut dan jurusolek.















Saturday, April 3, 2010

Ibu Hamil Menawan?

.

Foto ini yang diambil di Indahku Studio telah memenangi Tempat Kedua Peraduan Ibu Hamil Menawan Majalah Pa & Ma. Sila rujuk majalah Pa & Ma keluaran April 2010 m.s.119.

Apa kata anda pula datang ke studio kami untuk sesi photoshoot untuk menyertai lain-lain peraduan. Kami boleh bikin anda menang.. insya Allah..