Saturday, February 27, 2010

MaulidurRasul @ RTM Pahang

.
Malam tadi buat pertama kalinya majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang diadakan di Auditorium Darul Makmur (ADAM) di Kompleks Penyiaran Sultan Hj. Ahmad Shah, Lorong Sri Kemunting 2, Tanah Putih, Kuantan (berhampiran Kompleks LKIM). Buat pertama kali juga ia dilangsungkan pada sebelah malam. KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang mencemar duli menjadi tetamu. Majlis dihoskan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang.

Indahku Production terlibat membuat liputan langsung setempat (MCP - Multi-Camera Production) bersama-sama RTM Pahang, JAIP dan Jabatan Penerangan Negeri Pahang. Kerjasama 4 pihak begini (untuk satu produksi MCP) jarang-jarang berlaku tetapi berkat persefahaman dan semangat kerja profesional tugas-tugas dapat disempurnakan dengan jaya.

.

Monday, February 15, 2010

MCP (Multi-Camera Production / Penerbitan Multi-Kamera)















Satu kaedah penggambaran atau rakaman di mana lebih dari satu kamera digunakan serentak ke atas satu persembahan atau adegan. Misalnya 3 kamera, masing-masing diletak pada posisi yang berbeza dan setiap satu biasanya menggambar jenis shot yang berbeza (seperti long shot, medium shot dan close-up).

Seorang Pengarah atau Pembantu Pengarah akan mengawal sejenis alat pemilih (Switcher atau Video Mixer) untuk memilih mana-mana satu shot secara bersilih ganti, atau mengadun dua shot. Pada masa yang sama beliau juga akan memberi arahan (melalui alat telekomunikasi) kepada setiap jurukamera untuk jenis shot yang dikehendaki.

Ini merupakan kaedah yang menjadi amalan penerbitan di stesen penyiaran televisyen sama ada di dalam studio atau siaran luar.

Indahku Studio menyediakan perkhidmatan MCP untuk membolehkan rakaman program studio ala Malaysia Hari Ini, Selamat Pagi Malaysia, Nasi Lemak Kopi-O, Al-Kuliyyah, Halaqah, Nona, rancangan-rancangan seumpama Berita, Melodi, Studio Nabil, Spontan, dan banyak lagi, sama ada yang berpenonton atau tidak. Rakaman-rakaman seperti itu tidak semestinya dibuat untuk tujuan penyiaran TV tetapi boleh juga untuk tv internet seperti Youtube, Yahoo Video dan lain-lain, atau dihasilkan dalam bentuk DVD untuk dikomersilkan atau hanya sebagai simpanan peribadi.

Indahku Production juga mengadaptasi kaedah MCP untuk digunakan pada majlis-majlis yang memerlukan rakaman atau siaran langsung setempat seperti majlis konvokesyen, forum, pertunjukan pentas, majlis perasmian, majlis perkahwinan dan seumpamanya, dengan sedikit penambahan selain rakaman iaitu majlis tersebut dapat ditonton melalui llayar besar atau peti-peti televisyen yang diletak dibeberapa lokasi di sekitar tempat di mana majlis itu berlangsung.

Kaedah ini sering juga disebut sebagai CCTV (Close-Circuit TV / TV Litar Tertutup), tetapi tidaklah boleh disamakan dengan CCTV yang digunakan untuk tujuan keselamatan, pemantauan atau intipan.
.
..
.

MCP Studio dah ready..

.
.

Come to our studio, make your own programmes, not for TV but for the internet like YouTube, Yahoo Video, Metacafe, etc. and get popular.. Anda berbakat, berkebolehan, berpengetahuan, tapi tak perlu berharap dan menunggu stesen TV mengundang anda.. Broadcast yourself to the internet or make your own DVD series..


Let it be a single programme or a series of programmes.. make them want to watch it.. Nak yang serius boleh, nak yang suka-suka boleh, nak yang syok sendiri pun boleh.. We will create a channel for you in the internet.. Kalau Yuna boleh, you pun boleh, YouTube ada..

.

Monday, February 8, 2010

Wasco Team Building Programme

.
Baru balik dari Gambang Resort City, seharian membuat liputan video dan MCP Wasco Team Building Programme. Terima kasih kepada sdra Gezzeg yang mengusahakan job ini buat kami..

MCP dua kamera dua projektor agak selesa kerana di dalam ballroom, tapi liputan game di padang dan merentas halangan di dalam hutan berhampiran agak memenatkan, di bawah panas terik dan mendaki bukit menuruni lurah.. Penganjur maukan rakaman edit in camera selama 20 mnt untuk ditayang semula dan diulas sebaik saja semua acara selesai.
.

Saturday, February 6, 2010

Best Tape Camcorder 2009?

..
This camcorder Sony HDR-FX1000 was voted Videomaker's Best Products 2009 (Category: Best Tape Camcorder). It's an HDV cam.
.

Signboard


Signboard dah naik. Besar, bertujuan untuk dapat dilihat oleh pemandu-pemandu yang agak laju bila melalui Kuantan Bypass. Studio ni di tingkat atas bahagian tengah deretan kedai-kedai baru di Taman Sri Perdana, Bandar Indera Mahkota. Jika melalui Kuantan Bypass dari arah airport ke Kuala Terengganu selepas Simpang Permatang Badak anda akan bertemunya di sebelah kiri selepas stesen Shell, manakala jika dari arah Gebeng/Balok beberapa ela saja selepas Kolej Shahputra ia di sebelah kanan.
.

Tuesday, January 26, 2010

Recce di Lombong Besi Chaah

.
Semalam kami buat tinjauan ke Lombong Besi Aras Kuasa Sdn.Bhd. di Chaah berhampiran Labis, Johor. Syarikat ni nak minta kami buat video dan foto proses bermula dari pecah batu hinggalah ke finished productnya berupa kerikil batu besi untuk di ekspot.

Alang-alang meninjau kami dah mula buat shooting untuk simpan footage. Tempatnya yang merupakan lombong terbuka, agak panas dan berhabuk.
.

Friday, January 1, 2010

Indahku Studio

.
A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1,
Taman Sri Perdana,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan.

Demikian alamat dan premis baru Indahku Production. Rumah kedai tingkat satu yang disewa ini sekarang sedang diubahsuai untuk menjadi sebuah studio serba-serbi.. ia boleh jadi sebuah studio penerbitan video, audio, fotografi dan multimedia. Signboard yang akan naik sedikit hari lagi ialah Indahku Studio, lebih tepat dengan fungsi ruang kedai itu. Lagipun Indahku Studio baru saja didaftar pada 11 Disember 2009 lalu.

Indahku Studio ke Indahku Production ke.. premisnya sama.. Indahku Production sebenarnya dah 5 tahun didaftar tapi selama ini beroperasi di rumah No.4, Lrg Permatang Badak Aman 12, Kg Baru, Permatang Badak, 25150 Kuantan. Untuk mempunyai alamat sebuah premis maka Indahku Studio didaftarkan. Mohd Azra'ie Azahari didaftarkan sebagai pemilik Indahku Studio. Beliau lebih muda dan berdaya maju..

Setakat hari ini Indahku Studio sedang diubahsuai, maka ia belum beroperasi secara fizikal. Namun, aktiviti penerbitan kami tetap berjalan seperti biasa.. untuk perkhidmatan, sila hubungi kami di talian: 09-5736455 (Studio), 012 954 9456 (Azahari), 017 978 9909 (Azra'ie).

Layari website: www.indahku.com untuk mengetahui produk dan perkhidmatan kami.
.