Saturday, April 7, 2012

Loghat, lagu dan budaya Pahang mesti dipopularkan..

.
Usaha memasyhurkan seni dan budaya Negeri Pahang telah menampakkan hasil sekian lama, namun populariti loghat dan lagu-lagu Pahang mungkin belum dapat mengatasi negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah dan lain-lain. Walau bagaimanapun berbagai pihak telah dan sedang berusaha ke arah itu (antaranya Radio Malaysia Pahang FM).

Pada 4 April 2012 bertempat di Hotel Zenith, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah memberi peluang kepada Majlis Teater Negeri Pahang membuat pelbagai persembahan bertemakan loghat, lagu dan kebudayaan Negeri Pahang, dan menjadikannya sebagai hidangan hiburan buat KDYMM Sultan Pahang dalam satu majlis santapan/jamuan bersama Kakitangan Awam Negeri Pahang.

Indahku Production turut diberi peluang memainkan peranannya dalam bidang penyiaran khususnya melalui internet apabila kami berpeluang membuat liputan video menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada majlis tersebut. Dua saluran (channel) YouTube kendalian kami iaitu Pahang Net TV dan Indahku Production memaparkan sebahagian dari persembahan pada malam tersebut. Di bawah ini adalah antara petikannya:





Untuk lain-lain aktiviti/produk kami sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

No comments:

Post a Comment