Wednesday, November 7, 2012

Montaj Video untuk gimik perasmian Karnival ez-SciMaT

.
Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang di Gambang, Pahang telah menganjurkan Karnival ez-SciMaT 2012 selama 3 hari pada 2-4 November 2012. Pada hari pertama telah berlangsung majlis perasmiannya dalam mana sebuah gimik pelancaran telah digunakan, dan termasuk di dalamnya sebuah montaj video yang diterbitkan oleh Indahku Production.


.

Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan oleh PM

.
Krew MCP Indahku Production telah terlibat dalam menjayakan Majlis Pelancaran Bulan Keluarga Kebangsaan yang telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 3 November 2012 di Pekan, Pahang.

Empat buah kamera membuat liputan langsung setempat untuk dipaparkan kepada penonton dan hadirin melalui 2 buah Skrin LED Besar dan 6 buah LCDTV 42".
.

Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ke-82

.
Seperti di masa-masa yang lalu pada tarikh 24 Oktober, Indahku Production telah diberi kepercayaan untuk melaksanakan dua perkhidmatan untuk dua majlis berasingan yang berlangsung di Istana Abu Bakar, Pekan:
  1. Perkhidmatan Live SCP (Single Camera Production) untuk Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran yang berlangsung di Balairung Seri di sebelah pagi.
  2. Perkhidmatan Live MCP (Multi-Camera Production) untuk Majlis Santapan/Jamuan Negeri yang berlangsung di Dewan Mulia di sebelah malam, di mana diadakan persembahan artis-artis terkenal tanahair seperti Hattan, Khatijah Ibrahim, Fauziah Latif, Jamal Abdillah, dan lain-lain.
Kedua-dua acara tersebut telah dapat disaksikan oleh para jemputan dan hadirin melalui paparan Skrin LED Besar, dan 8 buah LCD TV 42".
.

Tak perlu tunggu diundang stesen TV.. Youtube ada..

.
Banyak kumpulan atau individu yang teringin untuk muncul di TV membuat persembahan atau di wawancara, namun peluang sangat tipis kerana mereka mesti betul-betul istimewa untuk dapat perhatian para penerbit TV.

Tapi itu dahulu. Zaman kini anda tak perlu berharap dan menunggu untuk diundang oleh stesen TV untuk muncul membuat persembahan atau di wawancara. Sebaliknya anda boleh saja menggunakan internet yang jauh lebih luas capaian penontonnya berbanding TV dengan menggunakan laman media siber seperti Youtube, Google, Facebook, Laman Web dan seumpamanya.

Untuk tampil dengan cara lebih profesional, janganlah anda merakamkan videonya secara semberono atau sembarangan saja. Apa kata anda rakamkannya di Indahku Studio. Berikut ialah contoh sebuah kumpulan (Badan Kesenian Anak Kayan, Kuantan) yang telah merakamkan persembahannya di Indahku Studio.



Kami juga telah membikin satu saluran khas di Youtube untuknya yang boleh dicapai melalui: www.youtube.com/anakkayan2012 .

Untuk perkhidmatan rakaman video dan pembinaan saluran Youtube, hubungi kami:
09-573 6455 (Indahku Studio) atau 012 954 9456 (Azahari B.A.)
.

Iklankan Produk Anda..

.
Jika anda ada produk yang ingin dipasarkan, ia mestilah diiklankan.. Ada berbagai cara mengiklan produk itu. Apa kata anda mengiklankannya di Youtube atau melalui DVD Video, dan rakamannya dibuat di Indahku Studio.. Berikut contoh rakaman yang telah dibuat di Indahku Studio:



Untuk rakaman video, hubungi kami: 09-573 6455 (Indahku Studio) atau 012 954 9456 (Azahari B.A.)
.

Tuesday, September 18, 2012

Jamuan Aidilfitri Petronas Pantai Timur

.
Di Dewan Wisma Belia Indera Mahkota pada 11 September 2012
.

Sunday, September 2, 2012

Sambutan Merdeka ke-55 Negeri Pahang: Liputan MCP

.
Sekalipun tidak ada Skrin LED Gergasi seperti sambutan peringkat nasional di KL, Jawatankuasa Penganjur Sambutan Merdeka 55 Peringkat Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh YB Dato' Ishak tetap merasakan liputan MCP (Multi-Camera Production) perlu kerana kehadiran KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan KDYTM Tengku Puan Pahang bersama anakanda-anakanda selain YAB Menteri Besar Pahang dan tetamu-tetamu kenamaan di pentas utama yang mahu melihat lebih dekat semua persembahan acara melalui 6 buah TV LED 50".

Selain itu liputan video menyeluruh secara langsung perlu dirakam sebagai bahan sejarah untuk ditonton melalui DVD, You Tube (Pahang Net TV) atau lain-lain laman sosial.



Untuk menonton keseluruhan acara sila layari: www.youtube.com/pahangnettv
.

Saturday, July 28, 2012

Kursus Rakaman Suara Latar

.
Seramai 11 orang kakitangan dari beberapa Kolej Komuniti Malaysia telah menyertai kursus Rakaman Suara Latar pada 24 - 28 Julai 2012 di Hotel Putra Kuala Lumpur.
.
.


Friday, July 20, 2012

Lawatan Kerja KDYTM Tengku Mahkota Pahang ke PSDC

.
KDYTM Tengku Mahkota Pahang dan Tengku Puan Pahang telah mengadakan Lawatan Kerja dan Kunjungan Ramah Mesra ke Pusat Pembangunan Kemahiran Pahang (PSDC) di Kuantan pada 17 Julai 2012.

Video berikut adalah sedutan rakaman pada hari tersebut (rough edit) di mana Indahku Production terlibat membuat liputan dan juga perkhidmatan MCP (Multi-Camera Production).



Untuk lain-lain sampel produk dan perkhidmatan Indahku Production, sila layari: www.indahku.com
.

Monday, July 9, 2012

Santapan/Jamuan Negeri sempena SUKMA XV Pahang 2012

.
Para pegawai dan atlit yang menyertai SUKMA Pahang 2012 telah diraikan oleh Kerajaan Negeri Pahang dalam satu majlis makan malam dan Santapan Di Raja yang dihadiri KDYMM Sultan Pahang pada 8 Julai 2012. Indahku Production telah mengendalikan sistem MCP (Multi-Camera Production).
.

Saturday, July 7, 2012

Dokumentari: Pendidikan Islam di Negeri Pahang

.
Sejak seminggu lalu kami telah mula membuat rakaman untuk menerbitkan sebuah video dokumentari: Pendidikan Islam di Negeri Pahang.
.

Seminar Pemahaman Wasatiyyah

.
Majlis diadakan pada 2 Julai 2012. Majlis tersebut menggunakan perkhidmatan kami untuk MCP (Multi-Camera Production)
.