Friday, May 25, 2012

Masjid Baru Daerah Bentong

.
Majlis Perasmian Masjid Baru Daerah Bentong disempurnakan oleh KDYMM Sultan Pahang pada 10 Mei 2012.
.
.

Malam Tenun Pahang

.
Pada 4 Mei 2012 di Dewan Cashmere, Hotel Zenith
.

Malam Lambaian Teratai

.
Diadakan di Dewan Cashmere, Hotel Zenith pada 3 Mei 2012
.

Tuesday, April 24, 2012

Launch of VW Polo Sedan @ Kuantan Branch

.
Telah berlangsung di VW Showroom, Jalan Beserah, Kuantan pada 19 April, serentak dengan pelancaran di seluruh negara, juga disiarkan secara langsung di TV3, TV7 dan TV8.
.

Saturday, April 7, 2012

Loghat, lagu dan budaya Pahang mesti dipopularkan..

.
Usaha memasyhurkan seni dan budaya Negeri Pahang telah menampakkan hasil sekian lama, namun populariti loghat dan lagu-lagu Pahang mungkin belum dapat mengatasi negeri-negeri lain seperti Negeri Sembilan, Kelantan, Kedah dan lain-lain. Walau bagaimanapun berbagai pihak telah dan sedang berusaha ke arah itu (antaranya Radio Malaysia Pahang FM).

Pada 4 April 2012 bertempat di Hotel Zenith, pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah memberi peluang kepada Majlis Teater Negeri Pahang membuat pelbagai persembahan bertemakan loghat, lagu dan kebudayaan Negeri Pahang, dan menjadikannya sebagai hidangan hiburan buat KDYMM Sultan Pahang dalam satu majlis santapan/jamuan bersama Kakitangan Awam Negeri Pahang.

Indahku Production turut diberi peluang memainkan peranannya dalam bidang penyiaran khususnya melalui internet apabila kami berpeluang membuat liputan video menggunakan kaedah MCP (Multi-Camera Production) pada majlis tersebut. Dua saluran (channel) YouTube kendalian kami iaitu Pahang Net TV dan Indahku Production memaparkan sebahagian dari persembahan pada malam tersebut. Di bawah ini adalah antara petikannya:





Untuk lain-lain aktiviti/produk kami sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Konvo University College Shahputra (UCSA)

.
University College Shahputra (UCSA) Kuantan telah melangsungkan Majlis Konvokesyen pertamanya pada 10 Mac 2012.



Untuk mengetahui lain-lain produk & aktiviti kami, sila layari Youtube Channel berikut:
Indahku Production
Pahang Net TV (kendalian Indahku Production)
Indahku Studio

atau layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Monday, March 5, 2012

Karnival Bio ICT - Siaran langsung 'to-and-fro'?

.
Karnival BioICT Pahang 2012 telah berlangsung selama 3 hari di East Coast Mall mulai 2 Mac 2012. Majlis perasmiannya diadakan di Dewan Organza Hotel Zenith pada petang hari pertama oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob.

Indahku Production yang membuat liputan MCP (Multi-Camera Production) pada hari perasmian telah diminta membuat siaran langsung (live) dua hala, iaitu:
a) Sewaktu ketibaan dan lawatan YAB Menteri Besar di gerai-gerai pameran dan jualan di East Coast Mall, acara itu dapat ditonton secara 'live' oleh hadirin yang menunggu untuk majlis perasmian di Dewan Organza bangunan Hotel Zenith yang terletak kira-kira 500m di seberang jalan bersebelahan.
b) Apabila YAB Menteri Besar tiba untuk majlis perasmian di Dewan Organza Hotel Zenith, orang ramai yang berkunjung ke tapak pameran di East Coast Mall dapat mengikuti siaran langsung keseluruhan acara yang berlangsung di Dewan Organza.

Berikut ialah petikan video (disunting) ketibaan dan lawatan YAB Menteri Besar ke gerai-gerai pameran dan jualan di East Coast Mall.



Untuk lain-lain berita dan aktiviti Indahku Production, sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Konvensyen Ekonomi Pahang 2012

.
telah berlangsung selama 2 hari bermula 29 Mac 2012 di Hotel Zenith, Kuantan.

akan dikemaskini kemudian
.

Tuesday, February 21, 2012

Sham Kamikaze - Ketika Cinta Bertasbih

.
Petikan gitar lagu Ketika Cinta Bertasbih oleh Sdr Sham Kamikaze untuk segmen penutup Bicara Persada: Ketika Cinta Bertasbih di KIPSAS, Kuantan anjuran bersama Majlis Agama Islam Pahang dan KIPSAS pada 21 Feb 2012. Turut serta dalam program tersebut ialah Ustaz Badlishah, Tn Syed Mohd Norhisham & Ustaz Don.



Untuk lain-lain aktiviti/produk Indahku Production sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Monday, February 6, 2012

Sambutan MaulidurRasul 1433H Negeri Pahang

.
telah berlangsung pada 5hb Februari 2012


.

Majlis Pelancaran PSTM PBT dan Hari NKEA CCI EPP8 e-Government

.
Majlis Pelancaran dan Penyerahan Pelan Strategik Teknologi Maklumat (PSTM) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Hari NKEA CCI EPP8 e-Government Negeri Pahang telah diadakan pada 04 Februari 2012 di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek Kuantan, dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
.

Majlis Pelancaran Logo, Lagu, Maskot & Laman Web SUKMA XV Pahang 2012

.
berlangsung pada 14 Disember 2011
.