Monday, March 5, 2012

Karnival Bio ICT - Siaran langsung 'to-and-fro'?

.
Karnival BioICT Pahang 2012 telah berlangsung selama 3 hari di East Coast Mall mulai 2 Mac 2012. Majlis perasmiannya diadakan di Dewan Organza Hotel Zenith pada petang hari pertama oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Diraja Hj Adnan Yaakob.

Indahku Production yang membuat liputan MCP (Multi-Camera Production) pada hari perasmian telah diminta membuat siaran langsung (live) dua hala, iaitu:
a) Sewaktu ketibaan dan lawatan YAB Menteri Besar di gerai-gerai pameran dan jualan di East Coast Mall, acara itu dapat ditonton secara 'live' oleh hadirin yang menunggu untuk majlis perasmian di Dewan Organza bangunan Hotel Zenith yang terletak kira-kira 500m di seberang jalan bersebelahan.
b) Apabila YAB Menteri Besar tiba untuk majlis perasmian di Dewan Organza Hotel Zenith, orang ramai yang berkunjung ke tapak pameran di East Coast Mall dapat mengikuti siaran langsung keseluruhan acara yang berlangsung di Dewan Organza.

Berikut ialah petikan video (disunting) ketibaan dan lawatan YAB Menteri Besar ke gerai-gerai pameran dan jualan di East Coast Mall.



Untuk lain-lain berita dan aktiviti Indahku Production, sila layari: www.indahkuproduction.blogspot.com
.

Konvensyen Ekonomi Pahang 2012

.
telah berlangsung selama 2 hari bermula 29 Mac 2012 di Hotel Zenith, Kuantan.

akan dikemaskini kemudian
.