Tuesday, January 26, 2010

Recce di Lombong Besi Chaah

.
Semalam kami buat tinjauan ke Lombong Besi Aras Kuasa Sdn.Bhd. di Chaah berhampiran Labis, Johor. Syarikat ni nak minta kami buat video dan foto proses bermula dari pecah batu hinggalah ke finished productnya berupa kerikil batu besi untuk di ekspot.

Alang-alang meninjau kami dah mula buat shooting untuk simpan footage. Tempatnya yang merupakan lombong terbuka, agak panas dan berhabuk.
.

Friday, January 1, 2010

Indahku Studio

.
A185, Tingkat 1, Lorong IM16/1,
Taman Sri Perdana,
Bandar Indera Mahkota,
25200 Kuantan.

Demikian alamat dan premis baru Indahku Production. Rumah kedai tingkat satu yang disewa ini sekarang sedang diubahsuai untuk menjadi sebuah studio serba-serbi.. ia boleh jadi sebuah studio penerbitan video, audio, fotografi dan multimedia. Signboard yang akan naik sedikit hari lagi ialah Indahku Studio, lebih tepat dengan fungsi ruang kedai itu. Lagipun Indahku Studio baru saja didaftar pada 11 Disember 2009 lalu.

Indahku Studio ke Indahku Production ke.. premisnya sama.. Indahku Production sebenarnya dah 5 tahun didaftar tapi selama ini beroperasi di rumah No.4, Lrg Permatang Badak Aman 12, Kg Baru, Permatang Badak, 25150 Kuantan. Untuk mempunyai alamat sebuah premis maka Indahku Studio didaftarkan. Mohd Azra'ie Azahari didaftarkan sebagai pemilik Indahku Studio. Beliau lebih muda dan berdaya maju..

Setakat hari ini Indahku Studio sedang diubahsuai, maka ia belum beroperasi secara fizikal. Namun, aktiviti penerbitan kami tetap berjalan seperti biasa.. untuk perkhidmatan, sila hubungi kami di talian: 09-5736455 (Studio), 012 954 9456 (Azahari), 017 978 9909 (Azra'ie).

Layari website: www.indahku.com untuk mengetahui produk dan perkhidmatan kami.
.